web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Usaha Mencari 1 Lagi Mangsa Tertimbus Terus Dijalankan

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 09 Nov 2023 9:34PM

Keadaan sebuah bangunan tiga tingkat di sebuah resort yang sedang dalam pembinaan runtuh di Pulau Perhentian, hari ini - gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA BESUT - Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) giat mengesan seorang lagi mangsa dipercayai masih terperangkap dalam insiden runtuhan bangunan tiga tingkat di sebuah resort dalam pembinaan di Pulau Perhentian, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata mangsa terakhir daripada kesemua tujuh yang dilaporkan terlibat merupakan warga Indonesia dikenali sebagai Suparno berumur lingkungan 40-an. 

Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 5 pagi itu, kesemua mangsa terdiri daripada tiga lelaki Rohingya, tiga lelaki warga Indonesia dan seorang lelaki tempatan dikatakan sedang tidur dalam bangunan berkenaan sebelum berlakunya runtuhan. 

Tiga daripada mereka iaitu Mohd Eunuh Hamid Husson, Shamsul Alam Abdul Sukur dan Mohd Rafiq yang merupakan warga Rohingya serta seorang lelaki tempatan dikenali Leong berjaya keluar sendiri daripada runtuhan itu. 

“Dua lagi mangsa warga Indonesia yang baru diselamatkan pasukan SAR ialah Jamil, 33, dan Ramli, 48, masing-masing pada12.53 dan 1.18 tengah hari tadi,” katanya pada sidang media di Jeti Kuala Besut.

Abdul Rozak berkata kesemua enam mangsa yang selamat telah dibawa ke jeti Kuala Besut sebelum dihantar Hospital Besut untuk rawatan lanjut dan keadaan mereka kini dilaporkan stabil.

Beliau berkata pihaknya telah menyoal siasat penyelia projek Liew Sin Fatt dan beliau mendakwa mendengar bunyi dentuman bangunan runtuh sebelum keluar meninjau ke lokasi kejadian yang terletak 30 meter dari pejabatnya.

“Liew mendakwa ketika itu bangunan berkenaan telah runtuh sepenuhnya dan keadaan yang masih gelap menyebabkannya gagal melihat mangsa di bawah runtuhan tersebut. Polis telah membuka Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di lokasi pada 9 pagi.

“Operasi akan diteruskan sehingga mangsa terakhir ditemukan atau polis merasakan sudah tiada lagi mangsa. Punca runtuhan masih dalam siasatan,” katanya. 

Abdul Rozak berkata usaha mengesan Suparno membabitkan 70 pegawai dan anggota daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Bomba (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Pasukan Polis Marin selain dibantu Jabatan Sukarelawan Malaysia, pasukan Kementerian Kesihatan (KKM), penduduk kampung serta pekerja resort berkenaan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 3 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut