web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19: Sabah Benarkan 10 Operasi, Aktiviti Bagi Individu Lengkap Divaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 8:05AM

Masidi Manjun - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah membenarkan 10 operasi dan aktiviti bagi individu yang lengkap divaksin bermula Isnin ini (20 September), kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun.

Jurucakap COVID-19 itu berkata aktiviti sukan dan rekreasi bersentuhan fizikal melibatkan pengoperasian fasiliti terbuka dan tertutup dibenarkan, selain aktiviti kecergasan individu seperti senamrobik dan zumba dibenarkan dalam fasiliti dengan 50 peratus kapasiti atau tidak melebihi 30 orang, mana-mana lebih rendah.

Beliau berkata aktiviti ‘hiking’ dengan kapasiti 50 peratus atau tidak melebihi 30 orang di sesebuah kawasan juga dibenarkan, selain operasi pusat latihan maritim serta pusat latihan penerbangan.

“Kolam memancing juga dibenarkan dari 6 pagi hingga 6 petang dengan kapasiti sama, juga dibenarkan aktiviti kapal persiaran domestik di perairan Sabah dengan kapasiti 50 peratus.

“Bagaimanapun, semua aktiviti kelab malam dan pub masih tidak dibenarkan.

“Turut dibenarkan mesyuarat secara bersemuka dengan kapasiti sama dan pengoperasian pejabat swasta, mengikut pekerja yang telah divaksin,” katanya menerusi kenyataan malam ini.

Selain itu, Masidi berkata operasi kilang dan kedai minuman keras turut dibenarkan dan semua institusi pengajian tinggi di bawah kawal selia Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), akan dibuka secara berperingkat.

Mengulas kes COVID-19 semalam, sebanyak 1,395 kes dicatat dengan jumlah kumulatif 184,221 kes manakala kes sembuh ialah 1,775 orang dengan jumlah kumulatif 158,502 orang manakala 4,203 pesakit masih dalam rawatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia