web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1.8 Peratus Lagi Untuk Capai 80 Peratus Dewasa Lengkap Divaksin - Dr Adham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 2:08PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kira-kira 1.8 peratus sahaja lagi diperlukan bagi mencapai sasaran 80 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap divaksinasi, kata Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata sehingga semalam, Malaysia telah merekodkan 78.2 peratus daripada populasi dewasanya lengkap menerima dua dos vaksin COVID-19.

“Tumpuan ketika ini kepada negeri-negeri bagi mencapai sekurang-kurangnya 60 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi menjelang akhir September.

“Kadar liputan vaksinasi pada bulan ini juga lebih tinggi di beberapa negeri setelah usaha pemvaksinan ditumpukan kepada negeri-negeri yang sebelum ini masih mencatat kadar lebih rendah seperti Kelantan, Pahang, Kedah, Perak dan Sabah,” katanya selepas melawat pusat pemberian vaksin (PPV) Pandu Lalu OKU Sentral di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Johor Bahru, Arena Larkin, di sini hari ini.

Turut mengiringi beliau Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi, yang juga Pengerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).

Dr Adham menjelaskan liputan vaksinasi di kebanyakan negeri ketika ini berada di landasan yang baik terutamanya di Sarawak, Labuan dan di Lembah Klang merangkumi Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Bagaimanapun katanya, ini tidak bermakna usaha vaksinasi diperlahankan sebaliknya lebih tertumpu kepada negeri dan kawasan tertentu termasuk menyasarkan kumpulan yang tercicir.

“Kadar vaksinasi (harian) negara yang dicatatkan sehingga semalam adalah sebanyak 232,559 dos dengan jumlah terbesar diberi di Sabah, Johor dan Lembah Klang,” katanya.

 Mengenai vaksinasi melibatkan golongan Orang Kurang Upaya (OKU), Dr Adham berkata mengikut data Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF), seramai 517,447 atau 89.9 peratus daripada 575,564 OKU telah menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Sementara itu, seramai 401,425 OKU telah lengkap vaksinasi penuh meliputi 69.74 peratus daripada jumlah OKU yang mendaftar untuk vaksinasi, katanya.

Katanya, PPV juga akan mula dibuka untuk orang ramai secara walk in pandu lalu mulai esok sehingga 30 September. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Belum Ada Perkembangan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan – Peguam

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes OKU Dipukul Pengiring Kenamaan Dirujuk Ke AGC

4

Kisah Kita 5 bulan yang lalu

Butik TAPAi Ketengah Produk Batik Buatan OKU

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia