web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2,150kg Daun Ketum Dirampas, Penyeludup Sempat Larikan Diri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 7:04PM

Garaj kereta di mana daun ketum disorok. - Gambar Ihsan PGA7

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TANAH MERAH - Bagi mengelak dikesan pihak berkuasa, sekumpulan lelaki bertindak menyorok daun ketum di bawah garaj kereta, ruang tamu dan bangsal belakang sebuah rumah di Kampung Air Merbo, di sini.

Namun, tindakan mereka itu dapat dihidu oleh Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) yang membuat serbuan pada jam 7 petang, semalam.

Hasil serbuan oleh anggota PGA7 itu, mereka berjaya merampas 2,150 kilogram (kg) daun ketum bernilai RM64,500.

Penolong Pemerintah Pegawai PGA7, Ku Majidin Che Ku Jusoh berkata, anggota membuat serbuan ke kediaman berkenaan selepas membuat intipan dan pemantauan, dengan mengenal pasti beberapa kenderaan keluar masuk dalam keadaan mencurigakan.

Daun ketum yang dirampas anggota PGA7 di sebuah kediaman di Kampung Air Merbo, di sini, semalam. - Gambar Ihsan PGA7
Daun ketum yang dirampas anggota PGA7 di sebuah kediaman di Kampung Air Merbo, di sini, semalam. - Gambar Ihsan PGA7

Katanya, sekumpulan lelaki itu bertindak melarikan diri ke semak berhampiran selepas menyedari kehadiran pihak berkuasa dan meninggalkan semua kenderaan serta barangan yang menyalahi undang-undang.

“Hasil pemeriksaan, anggota menemui plastik lut sinar mengandungi sejenis daun berwarna kehijauan disyaki ketum di bahagian garaj kereta, yang turut dijumpai di ruang tamu rumah terbabit.

“Pemeriksaan di sekitar kawasan rumah pula menemui daun ketum yang diletakkan di sebuah bangsal berhampiran kediaman,” katanya hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menemui enam buah kereta pelbagai jenama dan empat motosikal dipercayai milik kumpulan lelaki itu yang terbabit dengan aktiviti penyeludupan tersebut.

Menurut beliau, kesemua kereta, motosikal serta daun ketum yang dirampas itu dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.

Daun ketum yang dirampas dipercayai dibawa dari negeri di utara dan ditransit ke Tanah Merah sebelum diseludup ke negara jiran. - Gambar Ihsan PGA7
Daun ketum yang dirampas dipercayai dibawa dari negeri di utara dan ditransit ke Tanah Merah sebelum diseludup ke negara jiran. - Gambar Ihsan PGA7

“Kesemua daun ketum itu dipercayai dibawa dari negeri di utara dan ditransit ke Tanah Merah sebelum diseludup ke negara jiran, disyaki melalui jalan sungai yang tidak diwartakan sepanjang Sungai Golok.

“Permintaan serta nilai daun ketum yang tinggi di negara jiran menjadi salah satu faktor kepada penyeludupan ini, namun PGA7 tidak akan membiarkan keadaan itu sebaliknya terus meningkatkan kawalan untuk membanterasnya.

“Pelbagai taktik akan digunakan penyeludup bagi memastikan misi mereka untuk membawa keluar ketum ke negara jiran berjaya. Justeru itu, pihak berkuasa sentiasa peka supaya tindakan berkenaan dapat digagalkan,” katanya. - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Polis Rampas Ganja Hampir Setengah Juta Dalam Kubur Cina

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesakit Kanser ‘Hilang MyKad’ Akibat Dirampas Meninggal Dunia

3

Semasa 3 tahun yang lalu

Seludup Daun Ketum Guna Lori Simen, 2 Lelaki Ditahan

4

Semasa 3 tahun yang lalu

2 Lelaki Ditahan, 152 KG Daun Ketum Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia