web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Buat 4 Tuntutan Palsu, Pembantu Operasi Hospital Kerajaan Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 20 Sep 2021 3:26PM

Zuraiha Zakri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas 4 tuduhan membuat tuduhan palsu melibatkan RM7,050, tiga tahun lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang pembantu operasi sebuah hospital kerajaan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas empat tuduhan membuat tuntutan palsu membabitkan jumlah RM7,050, tiga tahun lalu. 

Tertuduh, Zuraiha Zakri, 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah bagi semua pertuduhan itu selepas ia dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Datuk Ahmad Kamal Arifin Ismail. 

Berdasarkan keempat-empat kertas pertuduhan, wanita berkenaan ketika bertugas sebagai Pembantu Operasi Gred N11 di Pusat Penyelidikan Klinikal, Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, didakwa dengan niat memperdayakan prinsipalnya iaitu HSA berkaitan dokumen pesanan penghantaran (delivery order) atas

nama sebuah syarikat. 

Ia membabitkan penyediaan makanan dan minuman bagi tiga program hospital itu yang tidak dibekalkan seperti dalam dokumen berkenaan, dipercayai untuk mengelirukan pihak hospital.

Bagi perbuatan terbabit yang dilakukan antara Julai hingga Ogos 2018 itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa kepada hukuman di bawah Seksyen 24(2) akta yang sama.

Untuk kesalahan tersebut, tertuduh berdepan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda sehingga lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan. 

Pegawai Pendakwa SPRM, Ikhwan Ihsan Jalaludin memberitahu mahkamah, tiada jaminan dibenarkan di bawah pertuduhan berkenaan, kepada mahkamah bahawa di bawah pertuduhan itu tiada jaminan namun pihaknya mencadangkan ikat jamin RM20,000 jika diizinkan mahkamah. 

Peguam Salleh Tugimin yang mewakili tertuduh bagaimanapun memohon jaminan lebih rendah, dengan alasan anak guamnya yang kini masih bertugas dalam pusat yang sama di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) Kota Bharu, Kelantan mempunyai seorang anak berusia lima tahun. 

"Selain suaminya yang hanya bekerja sebagai kerani, anak guam saya juga menanggung ibu bapanya yang sudah tua dengan pendapatan hanya RM2,000 sebulan," katanya. 

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dengan RM2,000 bagi setiap pertuduhan serta seorang penjamin.

Tertuduh juga diperintahkan untuk menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga kes selesai dan perlu melapor diri sebulan sekali di pejabat SPRM Kota Bharu, Kelantan.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula bagi serahan dokuman pada 21 Oktober 2021. – Getaran, 20 Oktober 2021

Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Tertuduh, Zuraiha Zakri dibawa ke mahkamah bagi menghadapi empat pertuduhan membuat tuntutan palsu, tiga tahun lalu. 

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia