web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemuda UMNO Kemuka 5 Resolusi Pertahan Hak Penggiat Ekonomi Gig

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 5:21PM

Asyraf berkata resolusi itu turut mengemukakan saranan untuk mewujudkan badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan lebih adil. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pergerakan Pemuda UMNO mengemukakan lima resolusi bagi memelihara kepentingan dan mempertahankan hak penggiat ekonomi gig di negara ini.

Resolusi berkenaan yang dinyatakan menerusi perbincangan Persidangan Meja Bulat Tuntutan Hak Penghantar anjuran pergerakan itu antara lain mencadangkan supaya status individu terbabit dalam industri perniagaan penghantaran pengantaraan (e-hailing) serta makanan, minuman dan bungkusan (p-hailing) diiktiraf sebagai pekerja dan dilindungi Akta Kerja 1955 serta akta berkaitan.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, resolusi itu turut mengemukakan saranan untuk mewujudkan badan kawal selia yang mengkaji keperluan peraturan (regulations) lebih adil dan realistik bagi penyedia perkhidmatan serta penghantar.

Menurut beliau, semua resolusi berkenaan dirangka bagi memastikan kaedah terbaik untuk penyedia perkhidmatan menawarkan perlindungan sosial Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) kepada penghantar di Malaysia.

“Menerusi resolusi ini, kerajaan dicadangkan supaya memberikan dan menyediakan bantuan khas kepada penghantar di dalam Belanjawan 2022.

“Penyedia perkhidmatan turut didesak untuk menjamin pekerjaan penghantar dengan menangguhkan penggantungan dan penamatan khidmat mereka ini dalam tempoh pandemik COVID-19,” katanya hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, perubahan landskap ekonomi membolehkan peranan penggiat bidang ini menjadi lebih penting dan hak mereka perlu dipertahankan.

“Persidangan ini yang turut disertai Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Persatuan Penghantar, wakil Kesatuan E-Hailing dan wakil P-Hailing diadakan bagi membincangkan permasalahan serta isu berbangkit membabitkan pengiat ekonomi gig negara.

“Pelbagai luahan, isu dan pandangan diperhalusi serta dibincangkan ketika sesi ini,” katanya. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 3 minggu yang lalu

Ekspo Produk E-Dagang Terpilih Malaysia Bakal Pamerkan 200 Jenama Terkemuka Dari China

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Kuala Lumpur Tersenarai Antara Bandar Raya Terbaik Untuk Syarikat Pemula Niaga

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Hidup Bersama Secara Aman Antara 10 Resolusi Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia