web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


5 Terlibat Buat Senjata Api Diberkas, Boleh Berdepan Hukuman Mati

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 6:00PM

5 lelaki yang disyaki terlibat dalam aktiviti pembuatan dan penjualan senjata api buatan sendiri ditahan menerusi operasi yang dijalankan sejak 10 September lalu.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

RANAU - Lima lelaki disyaki terlibat dalam aktiviti pembuatan dan penjualan senjata api buatan sendiri ditahan menerusi operasi yang digerakkan sejak 10 September lalu.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan (DSP) Simiun Lomudin berkata, kegiatan kesemua suspek berusia dalam lingkungan 29 hingga 57 tahun itu terbongkar selepas pihak polis menahan seorang lelaki susulan serbuan ke atas sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Kigiuk, lebih kurang jam 9.30 malam.

Menurut beliau, penahanan suspek berusia 30 tahun itu turut membawa kepada rampasan dua laras senjata api bersama 11 butir peluru hidup.

“Turut dirampas ialah 30 butir palet senapang angin dan peralatan membuat senjata api seperti mesin gerudi, mesin pengimpal, kikir dan batang paip besi.

"Susulan daripada itu, polis dari  Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ranau dan Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Sabah meneruskan operasi dengan menyerbu beberapa lagi lokasi di sekitar daerah,” katanya dalam sidang media di IPD Ranau hari ini.

Simiun berkata, operasi susulan itu juga membawa kepada penahanan empat lagi suspek dan berjaya merampas tujuh laras Bakakuk, 11 laras senapang bersama peluru hidup serta palet senapang angin.

Getaran difahamkan, siasatan awal mendapati pemilik menggunakan faktor keselamatan tanaman dan memburu sebagai faktor untuk mereka memiliki senjata api buatan sendiri.

“Kes ini disiasat dibawah Seksyen 7 Akta Senjata Api (Penalti lebih berat) 1971 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sebatan tidak kurang dari enam kali,” katanya.

Siminun menegaskan, IPD Ranau sememangnya memandang serius isu pemilikan senjata api buatan sendiri.

“Operasi bagi mengekang pemilikan senjata api buatan sendiri sehingga kepada pembuat senjata giat diteruskan dari semasa ke semasa,” katanya. – Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia