web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kos Haji Dijangka Meningkat Susulan Kadar Inflasi, Peraturan Arab Saudi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Sep 2021 1:37PM

Datuk Ahmad Marzuk Shaary

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kos menunaikan haji dijangka meningkat disebabkan kadar inflasi serta perkembangan terkini peraturan yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi khususnya berkaitan prosedur operasi standard (SOP) susulan situasi COVID-19.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata ia termasuk ujian PCR dan suntikan vaksin untuk memasuki Arab Saudi, penjarakan fizikal di dalam bas, bilik penginapan serta khemah semasa menunaikan ibadah itu.

“Bagaimanapun, Tabung Haji akan memaklumkan kos bagi musim haji 2022 apabila ia dimuktamadkan kelak,” katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) sama ada kos mengerjakan haji dan umrah akan meningkat dalam fasa endemik COVID-19 selain peningkatan kos yang dijangkakan.

Ahmad Marzuk berkata pada masa ini, Lembaga Tabung Haji (TH) sedang menyemak kos haji yang terkesan akibat peraturan dan cukai baharu yang telah diperkenalkan Arab Saudi termasuk caj visa haji mulai 2020 dan kenaikan kadar cukai tambahan di negara berkenaan daripada lima ke 15 peratus yang bermula Julai tahun lepas.

Sementara itu, beliau berkata bagi musim haji 1443H/2022, TH telah memulakan persediaan dengan perancangan utamanya adalah pemilihan bakal haji yang tertakluk kepada kuota rasmi Malaysia serta beberapa kriteria pemilihan lain yang akan diumumkan Arab Saudi.

Ahmad Marzuk berkata keutamaan menunaikan haji pada tahun depan akan diberi kepada mereka yang tahun giliran adalah pada 1441H/2020 dan masih tertangguh.

“Bagi bakal haji yang tahun giliran mereka adalah tahun ini, mereka akan turut diberi peluang pada 2022 tertakluk kepada kekosongan kuota tahun semasa,” katanya.

Antara persiapan TH bagi musim haji 1443H/2022 ialah mengadakan pasca penilaian (post-mortem) urusan ibadat haji tahun ini untuk memahami dengan lebih mendalam SOP dan protokol kesihatan Arab Saudi, menganjurkan Muzakarah Haji Peringkat Kebangsaan bagi menyeragamkan hukum haji dalam suasana wabak, menganjurkan Kursus Asas Haji secara dalam talian dan kerjasama dengan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi urusan pemeriksaan kesihatan dan vaksinasi bakal haji ketetapan Arab Saudi.

TH juga sedang merangka lawatan ke Tanah Suci dalam masa terdekat untuk mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi mendapatkan penjelasan terperinci berkaitan peraturan urusan haji dan persiapan musim haji 1443H/2022.

Ahmad Marzuk berkata demikian bagi menjawab soalan asal Rubiah mengenai persediaan kerajaan dalam urusan rakyat menunaikan haji dan umrah setelah hampir dua tahun negara tidak berpeluang menghantar jemaah ekoran COVID-19. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Hujan Rahmat Di Mina

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Canggih! Robot AI Fasih Pelbagai Bahasa Untuk Jemaah Haji

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

4

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Tiada Permit Yang Sah, Lebih 300,000 Jemaah Dilarang Masuki Makkah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia