web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Lagi Lokasi Pelancongan Dibuka 1 Oktober

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 5:17PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiga pusat pelancongan terkemuka iaitu Melaka, Genting Highlands dan Pulau Tioman dijangka dibuka kepada orang ramai bermula 1 Oktober ini.

Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata keputusan itu dibuat selepas Mesyuarat Menteri Kuartet hari ini, susulan perkembangan positif Projek Rintis Gelembung Pelancongan di Pulau Langkawi.

Katanya, keputusan itu akan dibawa ke Jawatankuasa Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, esok.

“Dalam tempoh dua minggu, semua destinasi disebutkan ini akan bersiap sedia untuk beroperasi semula.

“Kementerian bersama Jawatankuasa Khas akan memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas esok membabitkan ujian saringan, memandangkan Melaka agak besar.

“Kementerian juga akan membentangkan tambahan destinasi pelancongan lain yang bukan hanya tertumpu di pulau tetapi di tanah besar,” katanya dalam sidang media di Parlimen, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Hishammuddin Hussein serta Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Jelajah 1 bulan yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

2

Semasa 7 bulan yang lalu

JWP Gerakkan Usaha Promosi Produk Pelancongan Domestik - Dr Zaliha

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Acara Pelancongan Negeri Sembilan Perlu Beri Impak Maksimum - Aminuddin

4

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia