web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


12 Jalan Terputus Hubungan, Hujan Lebat Punca Banjir, Tanah Runtuh

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 6:28PM

Antara jalan yang dinaiki air ialah Jalan Likas, jalan di lampu isyarat Tebobon menuju Pekan Menggatal, dan jalan di hadapan SMK Pekan Telipok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Hujan lebat yang turun sejak semalam mengakibatkan beberapa kawasan di daerah ini dinaiki air.

Pemantauan dilakukan oleh Angkatan Pertahanan Awam (APM) mendapati, 12 jalan telah dinaiki air dan ada antara jalan berkenaan tidak lagi boleh dilalui oleh kenderaan.

Jurucakap APM Sabah berkata, antara jalan yang dinaiki air ialah Jalan Likas, jalan di lampu isyarat Tebobon menuju Pekan Menggatal, jalan di hadapan SMK Pekan Telipok, Jalan Maritim (Kolombong), Jalan Lintas, Jalan Rampayan Bataras dan Jalan Dambai Batu 10.

Turut terputus hubungan ialah Jalan Batu 7 Inanam, Jalan Tebobon menuju ke Kota Kinabalu, Jalan Bataras Kolombong, Jalan Kebajikan dan Jalan Shortcut Tuaran Bypass melalui Kampung Rampayan.

Katanya, lebih 10 buah kampung dan perumahan turut dinaiki air iaitu Taman Fulliwa (Tebobon), Kampung Lapasan (Telipok), Taman Wijaya Park (Menggatal), Taman Millennium (Kingfisher), Kampung Pengesaan (Inanam), Kampung Tobor dan Kampung Rampayan.

“Beberapa buah penempatan iaitu Kampung Cenderawasih, Taman Dah Yeh Villa, Kampung Seradan dan Kampung Rampayan Laut turut dinaiki air.

“Walau bagaimanapun, sehingga jam 10.30 pagi tadi, masih belum ada Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dibuka,” jelasnya.

Menurut Jurucakap APM, tujuh kejadian tanah runtuh turut dilaporkan berlaku di Kampung Unggun Jaya, Sunny Garden, Taman Fantasi, Kampung Pulau Penampang, Jalan Signal Hill, Jalan Taman Khidmat dan Taman Chanyai Villa.

Dua kejadian pokok tumbang turut dilaporkan di 88 Kepayan dan No 9 Jalan Penempatan (di luar Jesselton View Condominium).

Tambahnya, anggota APM akan terus melakukan pemantauan di semua lokasi yang sering dinaiki air.

Sementara itu, hujan lebat sejak pagi tadi turut menyebabkan 10 kampung di Sipitang ditenggelami air berikutan paras air sungai Mengalong dan Sungai Lukutan yang naik mendadak.

Antara kampung yang terjejas ialah Kampung Menangah, Kampung Sungai Tiga, Kampung Naluyan, Kampung Lalang dan Kampung Mesapol Lama.

Lima buah kampung yang turut terjejas ialah Kampung Sindumin, Kampung Pantai, Kampung Nipis, Kampung Kawang dan Kampung Banting.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Dewan Mini Mesapol pada jam 10 pagi tadi dan sehingga kini lima buah keluarga telah ditempatkan di PPS tersebut. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

3 Cedera Diserang Memerang Ketika Joging Di Kota Kinabalu

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia