web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sithambaram Digugur Dari Kes Najib?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 7:53PM

Datuk V Sithambaram (tengah) dikatakan telah digugurkan dari pasukan pendakwaan kes 1MDB. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan hari ini dituntut memberi penjelasan berhubung desas-desus yang mengatakan ketua pasukan pendakwaan kes 1MDB, Datuk V Sithambaram digugurkan daripada mengendalikan kes terbabit.

Ahli Parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin, berkata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar perlu memberikan penjelasan berhubung desas-desus terbabit bagi menjernihkan keadaan.

“Saya difahamkan seorang peguam yang diberikan fiat, peguam daripada private sector (sektor swasta) untuk terlibat dalam pendakwaan kes Yang Berhormat Pekan (Datuk Seri Najib Razak), saya mendapat maklumat beliau telah digugurkan.

“Fiat terbabit telah ditarik balik. Saya ingin tahu jika perkara ini benar, jika benar sila berikan penjelasan,” katanya di Parlimen hari ini.

Mohamed Hanipa berkata, Sithambaram adalah seorang peguam senior yang begitu mahir dalam aspek perundangan dan berjaya menjalankan pendakwaan kes membabitkan Najib itu dengan begitu efisien serta berwibawa.

“Beliau (Sithambaram) bahkan mendapatkan satu keputusan bersalah ke atas YB Pekan dalam isu 1MDB. Sekarang ini saya difahamkan kebenaran untuk beliau tampil ke mahkamah sudah ditarik balik.

“Jika benar kenapa fiat itu ditarik balik?,” soalnya. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rosmah Gagal Mohon Hakim Tarik Diri Dengar Kes Saman 1MDB

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Rosmah Nafi Beli Barangan Mewah Guna Dana 1MDB

3

Semasa 3 bulan yang lalu

AS Pulangkan RM721.4 Juta Dana 1MDB Kepada Malaysia

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Barangan Mewah Lebih AS$346 Juta: 1MDB, 10 Syarikat Saman Rosmah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia