web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja Gembira Terima Vaksin, Tak Sabar Kembali Ke Sekolah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Sep 2021 8:01PM

Antara pelajar yang hadir untuk menerima vaksin di PPV SMK Pasir Putih.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seramai 25,580 pelajar berumur 12 hingga 17 tahun bakal menerima vaksin di sini, selepas Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) mengaktifkan 20 sekolah sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bermula hari ini.

Program secara berperingkat itu membabitkan 84 sekolah rendah dan menengah sekitar Tawau serta Kalabakan.

Calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini, Muhd Jazlie Imsjenner, 17 ketika ditemui berkata, langkah itu dilihat dapat membantu pelajar sepertinya untuk belajar lebih baik menerusi kaedah sesi pembelajaran bersemuka di kelas.

Muhd Jazlie Imsjenner
Muhd Jazlie Imsjenner

“Sebenarnya ramai rakan dan saya sendiri mengeluh kerana agak sukar fokus ketika sesi pembelajaran atas talian di rumah sepanjang pandemik COVID-19 ini.

“Justeru, apabila JPNS memberi ruang untuk kami bervaksin di sekolah seperti ini, ia membantu pelajar melakukan persiapan untuk hadir ke sekolah seperti biasa,” katanya kepada Getaran.

Tambah Muhd Jazlie, pembelajaran bersemuka dapat membantu pelajar sepertinya untuk lebih mudah belajar, selain dapat mengadakan sesi perbincangan bersama guru dan rakan sekelas lain.

Perkara itu dipersetujui pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pasir Putih Julia Abdullah, 15, yang menyifatkan pembukaan PPV di sekolah adalah lebih mudah dan selamat.

“Kami tidak perlu beratur atau bersesak di PPV sedia ada seperti di Dewan Masyarakat Tawau.

“Di sini, pemberian vaksin dibuka kepada pelajar sekolah dan kawasan sekitar sahaja, menjadikan keadaan lebih terkawal,” katanya.

Julia Abdullah
Julia Abdullah

Pembukaan PPV di sekolah turut mendapat reaksi positif ibu pelajar, Salmia Dahri, 36.

“Sebagai ibu, saya menyokong penuh keputusan JPNS untuk mengaktifkan 20 sekolah sekitar daerah ini.

“Menerusi Persatuan Ibu Bapa Dan Guru (PIBG), kami sememangnya mengalu-alukan program sebegini demi keselamatan dan keselesaan anak-anak,” katanya.

Sementara itu, tinjauan di sekitar SMK Pasir Putih mendapati, ibu bapa dan pelajar mula hadir ke dewan PPV bermula seawal jam 7 pagi dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Selain pelajar sekolah berkenaan, pemberian vaksin turut membabitkan murid dari tiga sekolah rendah berhampiran iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Kuok Ming, Sekolah Kebangsaan Perdana Dan Sekolah Kebangsaan Pasir Putih. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia