web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Pemancing Dikhuatiri Lemas, Saksi Dengar Bunyi Jeritan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Sep 2021 8:05PM

Operasi mencari mangsa yang dikhuatiri lemas sedang dijalankan. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA TINGGI - Dua lelaki yang sedang memancing di Jeti Mados, Kampung Air Putih di sini, dikhuatiri lemas selepas hilang dari lokasi itu, malam tadi. 

Dalam insiden itu, kedua-dua mangsa, Ramdan Sulaiman, 50 dan Amiruddin Abdul Malik, 53, dilaporkan hilang dari bot yang dinaiki. 

Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi diketuai Komander Operasi yang juga Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Johor, Al Hasra Mohamed dikejarkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.47 malam tadi. 

Menurut Al Hasra, kejadian itu disahkan berlaku sebaik Pasukan Keluaran Operasi (PKO) tiba di tempat kejadian.

“Jarak bot ditemui dari jeti dianggarkan kira-kira 400 meter dan kedalaman 15 meter. PKO bertindak membuat pencarian pada permukaan air dengan dibantu 11 anggota Pasukan Polis Marin (PPM). 

“Lapan anggota Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bomba juga berada di lokasi bagi menjalankan pencarian di lokasi berkenaan. 

“Aktiviti menyelam juga dilakukan pada jarak 100 kaki radius dari lokasi mangsa dilaporkan hilang,” katanya. 

Beliau berkata, seorang pekerja korek pasir berhampiran lokasi mengesahkan melihat kedua-dua mangsa sedang melakukan aktiviti memancing. 

“Selang beberapa ketika, saksi mendengar jeritan meminta tolong berhampiran bot mangsa, sebelum mendapati kedua-duanya lenyap daripada pandangan tidak lama kemudian,” katanya.

Sehingga kini, katanya, mangsa masih belum ditemui dan operasi mencari masih dijalankan. - Getaran, 21 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia