web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemergian Bapa, Amirudin Sifatkan Kehilangan Idola, Inspirasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 2:15PM

Amirudin (kiri) menyiram air mawar di pusara bapanya Shari Mokhsin di Tanah Perkuburan Islam Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, Pontian kira-kira 10.40 pagi tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PONTIAN - Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari menyifatkan pemergian bapanya sebagai satu kehilangan besar buat keluarga memandangkan Allahyarham merupakan idola dan inspirasi anak-anak dalam menjalani kehidupan.

Amirudin berkata bapanya Shari Mokhsin, 67, juga merupakan insan yang cekal dalam membesarkan enam orang anaknya.

“Abah ajar saya menjadi orang yang tabah dengan melihat pengalamannya melalui kehidupan, bermula sebagai pegawai am, pekebun kecil-kecilan dan juga pemandu teksi.

“Itu yang menjadi inspirasi buat kami sekeluarga. Kami kehilangan idola dalam keluarga kerana beliau merupakan contoh insan yang penyabar dan tenang dalam menghadapi liku-liku kehidupan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengebumian bapanya di Kampung Parit Asam Kumbang, Benut, di sini hari ini.

Amirudin yang merupakan anak kedua daripada enam beradik itu berkata bapanya disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung, pada kira-kira 5.30 petang semalam.

Allahyarham meninggalkan isteri Urian Parmin, 67, enam orang anak serta 22 cucu.

Terdahulu jenazah Allahyarham dikafankan dan disembahyangkan di rumahnya di kampung Parit Asam Kumbang, Benut sebelum dibawa dengan van jenazah ke tanah perkuburan Islam yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya itu.

Turut menziarahi jenazah ialah Speaker DUN Johor Suhaizan Kaiat.

Semalam, Amirudin menerusi ciapan di Twitter memaklumkan sempat berkomunikasi dengan bapanya pada pukul 1.27 tengah hari melalui WhatsApp sebelum menerima berita kematian arwah pada 5.30 petang. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 4 bulan yang lalu

Tehran Adakan Pengebumian Besar-Besaran Untuk Presiden Raisi Dan Mangsa Nahas Helikopter

2

Politik 5 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Negeri Tiada Kuasa Luluskan Kenaikan Tarif Air - Amirudin

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Bekalan Beras Putih Tempatan Di Selangor Cukup Hingga Akhir Bulan Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia