web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Bimbang Pelarasan Bil Air - Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Sep 2021 10:14PM

Dr. Mamad Puteh (tengah) meminta penduduk di 2 daerah di Terengganu supaya tidak bimbang dengan pelarasan bil air yang akan dilakukan oleh SATU.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA TERENGGANU - Penduduk daerah ini dan Kuala Nerus tidak perlu bimbang dengan pelarasan bil air oleh Syarikat Air Terengganu (SATU) kerana ia hanya bersifat sementara.

Exco Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau, Dr. Mamad Puteh berkata, pelarasan bil itu tidak bererti kerajaan negeri akan menghentikan pemberian air percuma selama dua bulan.

Menurut beliau, kaedah tersebut terpaksa dilakukan kerana petugas SATU tidak dapat menjalankan tugas membaca meter sewaktu kedua-dua daerah berkenaan berdepan masalah gangguan bekalan air.

“Ini kerana waktu itu mereka perlu menumpukan tenaga terhadap tugas pengagihan air, oleh itu, antara penyelesaian SATU ialah membuat anggaran dengan melihat kepada jumlah penggunaan bulan sebelumnya,” katanya kepada media di sini.

Mengulas mengenai tempoh dan kaedah pemberian air pula beliau berkata, ia akan diumumkan Menteri Besar Datuk Seri  Dr Ahmad Samsuri Mokthar dalam masa terdekat.

“Perbincangan dan keputusan bagi pelaksanaan terbaik bantuan bil air percuma ini telah dijalankan melalui Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) pagi tadi,” katanya.

Ahmad Samsuri pada awal September lalu mengumumkan pemberian air percuma kepada penduduk di dua daerah itu, susulan insiden paip pecah di dasar Sungai Terengganu.

Kejadian yang berlaku sebanyak dua kali itu menjejaskan 150,000 pengguna. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Pasangan Kekasih Maut Nahas 4 Kenderaan

4

Sukan 4 bulan yang lalu

Terima Kecaman Ramai, TFC Batal Perjanjian Tajaan Dengan XFOX

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia