web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Rayu Keputusan Mahkamah Kejayaan Untuk Undi18

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 2:06PM

Persatuan Pengundi Muda telah menggerakkan kempen hak Undi18 dalam usaha memperkasakan demokratik di kalangan anak muda. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan melaksanakan Undi18 dan pendaftaran pemilih secara automatik selewat-lewatnya 31 Disember tahun ini seperti diperintahkan Mahkamah Tinggi Kuching dianggap sebagai satu kemenangan oleh Persatuan Pengundi Muda (Undi18).

Pengasas Bersama Undi18, Qyira Yusri berkata, mereka amat mengalu-alukan komitmen kerajaan untuk tidak merayu keputusan berkenaan, dan percaya dengan jaminan diberikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar di Dewan Rakyat, kelmarin.

Menurut beliau, keputusan ini menandakan era baharu dalam perjalanan Undi18 ke arah pemerkasaan demokratik anak muda, yang bermula dengan pindaan perlembagaan pada Julai 2019.

“Pindaan perlembagaan itu kemudiannya dilanjutkan dengan dua tuntutan mahkamah pada 2021 terhadap Perdana Menteri, kerajaan Malaysia dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan Kuching untuk memastikan pelaksanaan penurunan umur pengundian pada kadar segera," katanya di sini.

Qyira berkata, Undi18 amat berterima kasih atas usaha padu pasukan peguam yang akhirnya berhasil dalam tuntutan semakan kehakiman ke atas keputusan dibuat mahkamah sebelum itu.

“Undi18 juga ingin menarik perhatian atas keberanian 23 anak muda Malaysia yang tidak berputus asa dalam memperjuangkan hak perlembagaan mereka untuk mengundi, bukan hanya untuk diri sendiri tetapi untuk semua rakyat Malaysia.

"Hak mengundi adalah milik asasi manusia dan kita perlu memastikan bahawa rakyat Malaysia di mana sahaja dapat mengakses dan mengundi semasa pilihan raya umum (PRU) nanti,” tegasnya.

Pendaftaran pengundian secara automatik jelas beliau, akan membawa anjakan paradigma terhadap landskap politik Malaysia.

“Saya sesungguhnya tidak sabar ingin melihat anak muda Malaysia mengundi dalam PRU akan datang,” katanya.

Pelaksanaan Undi18 dan pendaftaran pemilih pada akhir tahun ini bermakna sekitar lima juta rakyat akan disenaraikan dalam daftar pemilih, sebagai tanda mereka layak untuk mengundi apabila PRU diadakan. – Getaran, 22 September 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

2

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

4

Semasa 1 tahun yang lalu

PRN 6 Negeri Diadakan Serentak, Pengundian 12 Ogos, Penamaan Calon 29 Julai

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 43 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah