web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mahkamah Tolak Rayuan BN Untuk Kembalikan Petisyen Pilihan Raya Gua Musang

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Dec 2023 5:54PM

gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) bagi kerusi Parlimen Gua Musang yang dimenangi oleh Mohd Azizi Abu Naim daripada Perikatan Nasional, kekal selepas Mohd Azmi Mahmood wakil calon Barisan Nasional (BN), Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah, gagal mengembalikan petisyen pilihan raya yang difailkannya untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan itu.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim menolak rayuan Mohd Azmi dan memerintahkan beliau membayar kos RM30,000.

Dua lagi hakim panel itu adalah hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Abu Bakar Jais.

Semasa menyampaikan keputusan sebulat suara mahkamah, Hakim Abang Iskandar berkata, terdapat merit dalam bantahan awal yang dibangkitkan oleh peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Mohd Azizi.

Mohd Azmi merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi pada 5 September lalu yang membatalkan petisyen pilihan raya yang difailkannya selepas beliau (Mohd Azmi) memecat pasukan peguamnya.

Mohd Azmi memfailkan petisyen itu bagi pihak Tengku Razaleigh untuk membatalkan keputusan pilihan raya bagi kerusi Parlimen Gua Musang antara lain atas dakwaan rasuah.

Tengku Razaleigh tewas kepada Mohd Azizi dengan hanya 163 undi. Mohd Azizi memperoleh 21,826 undi, manakala Tengku Razaleigh mendapat 21,663 undi.

Yusfarizal mengemukakan bantahan awal dengan mengatakan bahawa rayuan Mohd Azmi adalah tidak kompeten kerana beliau (Mohd Azmi) telah menggunakan prosedur yang salah dalam percubaannya untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau berkata, Mohd Azmi perlu kembali ke Mahkamah Tinggi untuk memfailkan permohonan mengembalikan semula petisyen pilihan rayanya dan tidak memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan.

Peguam Datuk Mohamad Zubairy Hussain yang mewakili Mohd Azmi berkata, anak guamnya perlu dibenarkan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Beliau mendakwa anak guamnya merayu berhubung ketidakpatuhan prosedur oleh hakim Mahkamah Tinggi dalam membatalkan petisyen pilihan raya itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya

3

Luar Negara 3 bulan yang lalu

Parti Modi Gagal Peroleh Majoriti Mudah Setakat Ini

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah