web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Shopee Buli Peniaga Tempatan?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 4:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kewujudan platform perniagaan dalam talian atau e-dagang memberi banyak manfaat kepada usahawan dan pengguna, khususnya dari aspek penjimatan kos dan memudahkan pembelian, selain membolehkan urus niaga dijalankan pada bila-bila masa.

Atas faktor itu, tidak hairan ia menjadi alternatif kepada perniagaan ‘tradisional’ dan semakin mendapat pilihan penduduk seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Namun, di sebalik kemudahan perkhidmatan ditawarkan kepada usahawan untuk mempromosikan dan menjual produk mereka, wujud dakwaan bahawa sebuah penyedia perkhidmatan e-dagang terkemuka sebenarnya ‘membuli’ golongan peniaga.

Dalam satu dakwaan yang tular di media sosial, baru-baru ini, peniaga tersebut mendedahkan bahawa dia menerima amaran daripada Shopee selepas dikesan menjalankan perniagaan untuk produk sama di platform e-dagang berbeza.

Alasan diberikan penyedia perkhidmatan itu adalah, dia telah melanggar terma dan syarat sebagai peniaga utama (priority seller) ditetapkan.

Justeru, dia diberi kata dua sama ada mengaktifkan mod cuti atau memadam semua stok barangan di platform pesaing itu, jika tidak mahu kehilangan status sebagai peniaga pilihan di Shopee.

Hanya mahu dikenali sebagai Sen Lim, dia mendakwa wujud percanggahan maklumat apabila statusnya di Shopee disenaraikan sebagai peniaga utama, sedangkan urus niaga dilakukan selama ini berjalan atas kapasiti sebagai peniaga pilihan (preferred seller).

Sen turut berkongsi masalahnya di Facebook, dan meminta pandangan pengguna lain yang pernah atau sedang memiliki perniagaan di platform e-dagang tersebut.

Menjengah ke ruangan komen, ada netizen menganggap tindakan didakwa dikenakan Shopee itu sebagai tidak beretika, seolah-olah cubaan memonopoli perniagaan dan mengurangkan persaingan di antara platform e-dagang.

Segelintir pula berpendapat, status peniaga utama itu dipilih sendiri Shopee, sekali gus menjadikan ia sebagai hak milik eksklusif platform berkenaan.

Pada masa sama, ada juga mencadangkan isu terbabit dibawa ke Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC) bagi merungkai permasalahan itu, supaya dakwaan tersebut dapat disiasat dan diambil tindakan sewajarnya.

Sementara itu, seorang penulis blog berkata, semua pihak termasuk kerajaan harus memainkan peranan bagi melindungi peniaga Malaysia daripada dibuli atau diambil kesempatan oleh penyedia perkhidmatan luar negara.

Malaysia, katanya, harusnya melaksanakan peraturan atau undang-undang e-dagang lebih ketat, seperti diamalkan di India melalui Peraturan Perlindungan Pengguna (E-Dagang) India 2020.

Peraturan itu bertujuan menghentikan buli di platform e-dagang dan mampu menghalang mana-mana penyedia perkhidmatan daripada memaksa vendor menjual barang mereka secara eksklusif melalui satu platform sahaja.

Di India, produk negara asing tidak boleh dijual atas talian melainkan jika syarikat pengeluar terbabit berdaftar dengan Jabatan Promosi Industri dan Perdagangan Dalam Negeri (DPIIT). – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

2

Gaya 4 bulan yang lalu

Almari Kapsul Beri Peluang Muslimah Dapatkan Koleksi Fesyen Bawah RM40

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Insiden Pokok Tumbang: Gerai Musnah, Peniaga Rugi Teruk

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Peniaga Dipenjara 15 Hari, Denda RM3,500 Lakukan Kekerasan Terhadap Penguatkuasa MBAS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia