web statsweb stats

Berita Terkini

3 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerakyatan Anak Lahir Luar Negara, Pemuda UMNO Gesa AG Tarik Rayuan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 4:45PM

Asyraf Wajdi Dusuki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemuda UMNO menggesa Peguam Negara menarik semula notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan tuntutan permohonan kewarganegaraan ibu warganegara Malaysia ke atas anak mereka yang dilahirkan di luar negara dan berbapakan warga asing.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, berkata keputusan dibuat badan kehakiman itu adalah demi kepentingan kanak-kanak berkenaan.

Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), katanya, harus segera menguatkuasakan keputusan Mahkamah Tinggi itu dan mengetepikan prosedur di bawah Perkara 15(2) bagi menyelesaikan kesemua permohonan tertunggak berhubung perkara terbabit.

“Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia berpandangan, amalan penganugerahan warganegara secara automatik kepada bapa sedangkan ibu perlu memohon warganegara secara pendaftaran di dalam situasi sama, mengakibatkan wujud ketidakadilan yang tidak berasas sama sekali.

“Malah amalan ini mengakibatkan kesulitan berpanjangan dan menjejaskan hak kanak-kanak untuk mendapat akses sama dengan kanak-kanak warganegara Malaysia kepada pendidikan di sekolah awam, rawatan perubatan di hospital kerajaan serta kemudahan asas lain,” katanya, hari ini.

Asyraf Wajdi berkata, keperitan emosi dan mental yang dialami hanya kerana anak mereka dilahirkan di luar negara tidak wajar terus dibiarkan.

Katanya, situasi itu jika tidak dihentikan akan menyebabkan kesan negatif dan kecelaruan terhadap kebajikan kanak-kanak, termasuk dari aspek perkembangan diri, hubungan dengan adik-beradik serta prospek kehidupan lain.

Beliau berkata, kegagalan JPN mematuhi keputusan mahkamah boleh dianggap ingkar dan menjejaskan hasrat murni Keluarga Malaysia dalam menjamin keutuhan institusi keluarga.

“Kegagalan ini juga menjejaskan jaminan untuk kanak-kanak terbabit memiliki hak sebagai rakyat tempatan,” katanya.

Mahkamah Tinggi baru-baru ini memutuskan, kerajaan mesti membenarkan wanita rakyat tempatan memberikan status warganegara Malaysia kepada anak mereka yang dilahirkan di luar negara.

Hakim Akhtar Tahir dalam keputusan penghakimannya berkata, perkataan ‘bapa’ dalam Jadual Kedua Perlembagaan Persekutuan mesti bermaksud dan merangkumi ibu.

Bagaimanapun, kerajaan kemudian memfailkan notis rayuan untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi itu.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika sesi penggulungan perbahasan di Dewan Rakyat Rabu lalu berkata, kerajaan mengemukakan rayuan dalam kes ini bertujuan untuk menangguhkan pelaksanaannya sementara Perlembagaan Persekutuan dipinda.

Pindaan Perlembagaan Persekutuan itu, jelas beliau, akan  memudahkan ibu warganegara Malaysia yang berkahwin dengan warga asing untuk melahirkan anak di luar negara dan memohon kewarganegaraan anaknya di negara ini. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Selebriti 3 bulan yang lalu

Zahirah, Aiman Hakim Timang Cahaya Mata Kedua

2

Luar Negara 5 bulan yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Ketua Pemuda UMNO Dirujuk Pejabat Peguam Negara Minggu Depan - KPN

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Buat Aduan Ke MCMC Jika Gambar, Video Anak Dimuat Naik Tanpa Kebenaran

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

Semasa 16 jam yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

Semasa 16 jam yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok