web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Wajar Nasihat Agong, Tubuh Suruhanjaya Siasat SPRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 5:50PM

Majlis PH meminta supaya Azam Baki direhatkan sementara menunggu siasatan penuh dijalankan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan wajar mempertimbangkan untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong agar membentuk Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan membabitkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) berkata, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Azam Baki juga perlu direhatkan sementara waktu sehingga siasatan penuh dapat dilakukan.

Menurut majlis, mereka mengikuti dan meneliti rapat penahanan reman tiga pegawai kanan SPRM berhubung siasatan terhadap Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO).

“PH menyambut baik kenyataan dibuat Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainuddin) di dalam Dewan Rakyat semalam bahawa satu kertas inkuiri Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah dibuka berhubung isu ini.

“Bagaimanapun, memandangkan isu ini telah mewujudkan persepsi amat buruk terhadap SPRM serta mengakibatkan rakyat Malaysia mempertikaikan intergriti institusi itu sendiri, kami berpandangan satu kertas siasatan perlu dibuka,” kata majlis tersebut hari ini.

Kenyataan dikeluarkan bersama oleh Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden UPKO, Datuk Seri Madius Tangau itu menegaskan, siasatan yang dijalankan perlu bersifat menyeluruh.

“Mereka yang telah melanggar undang-undang mesti dibawa ke muka pengadilan,” kata majlis itu.

Sebelum ini, SPRM mengesahkan tiga pegawainya ditahan bagi membantu siasatan, berhubung dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam urusan kes membabitkan seorang bekas ketua jabatan.

Agensi itu turut memaklumkan, ketiga-tiga pegawai sudah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Putrajaya untuk permohonan reman selama enam hari bermula 14 September lalu, serta menegaskan tidak akan berkompromi atau melindungi mana-mana pegawainya yang terbabit dalam sebarang perbuatan jenayah.

Bagaimanapun, siasatan dibuka SPRM itu mendapat kritikan dan turut dipersoalkan pelbagai pihak kerana kesalahan tersebut disifatkan sebagai jenayah yang perlu disiasat oleh PDRM. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia