web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pendedahan Gangguan Seksual Pendakwah Di Telegram, Polis Buka Kertas Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 9:04PM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman membuka satu kertas siasatan susulan penularan video dan mesej lucah yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal di aplikasi Telegram.

Pengarah Jabatan Sisatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan.

Menurut beliau, siasatan juga akan dijalankan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana menggunakan kemudahan rangkaian atau perkhidmatan secara tidak wajar.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan orang ramai untuk menjadi pengguna media sosial yang bijak, berhemah dan tidak menggunakan platform terbabit sehingga boleh mendatangkan kegentaran awam, menggugat keharmonian negara dan menjejaskan siasatan.

“Tindakan tegas tanpa kompromi bakal diambil terhadap mana-mana individu yang mengaja menggugat ketenteraman serta keselamatan awam,” katanya hari ini.

Abd Jalil turut menggesa orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kes agar berkongsi info tersebut bersama Ketua Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Superintendan Junainah M Kasbolah atau Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Khabir Mohd Afandi di talian 03-22666071.

Getaran semalam melaporkan, sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tampil berani dengan pendedahan gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang penceramah terkenal di platform Telegram.

Pendedahan oleh Multiracial Reverted Muslims (MRM) menggunakan beberapa foto tangkap layar, yang memaparkan perbualan berunsur lucah antara penceramah terkenal terbabit dengan seorang wanita itu dibuat bagi meningkatkan kesedaran mengenai bahaya pemangsa seksual dalam kalangan masyarakat. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Kertas Siasatan Kes Bunuh Farah Kartini Siap Sebelum Jumaat – KP Selangor

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia