web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sabah Perlu Telus Aspek Data Vaksin Rakyat Asing - Ewon Benedick

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Sep 2021 9:39PM

Ewon Benedick

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Kerajaan Sabah digesa bersikap lebih telus mengenai data pemberian vaksin ke atas pendatang asing di negeri ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kadamaian, Datuk Ewon Benedick berkata, jawapan lisan Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ismail Mohamed Said, di Parlimen baru-baru ini menimbulkan kebimbangan, kemarahan dan kekeliruan di kalangan rakyat Sabah.

“Saya menghargai jawapan lisan Ketua Menteri (Datuk Seri Hajiji Noor) di sidang DUN hari ini bahawa kerajaan tidak bercadang memberikan kad pengenalan dan kerakyatan kepada pendatang asing atau bukan warganegara, tetapi hanya kepada penduduk asal yang belum mempunyai identiti diri.

“Saya mahu kerajaan negeri bertegas dan harus lebih telus mengenai perkara ini kerana khuatir ia akan membuka ruang kepada manipulasi serta salah guna dalam proses pemberian kad pengenalan tersebut,” katanya kepada media.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas jawapan lisan diberikan Hajiji sebelum itu.

Menurut Ewon, wakil kerajaan negeri bagaimanapun gagal menjawab soalan tambahan berhubung jumlah rakyat asing yang telah diberikan suntikan vaksin COVID-19 di Sabah setakat ini.

“Begitu juga dengan tindakan yang akan diambil kerajaan negeri, gagal dijawab, hanya Ketua Menteri berdiri (untuk) membantu  menjawab dan menyatakan pendirian berkaitan kenyataan Timbalan Menteri tersebut.

"Bagaimanapun, ia (pendirian) tidak mencukupi sebagai jaminan ke arah kesejahteraan Sabah," katanya.

Kerajaan Sabah tegas beliau, tidak boleh membiarkan masalah kebanjiran pendatang asing dan bukan warganegara di Sabah terlepas begitu sahaja.

“Pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing telah dibuktikan di dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Mengenai Pendatang Asing Di Sabah, juga melalui petisyen pilihanraya DUN Likas pada tahun 1999 dan turut direkodkan melalui pengakuan orang yang terlibat semasa pendengaran Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Rakyat Mengenai Integriti. 

"Ia akan terus menghantui rakyat Sabah apatah lagi dengan kenyataan terbaru daripada Timbalan Menteri Dalam Negeri itu,” katanya. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Liga Super: JDT Teruskan Momentum Kemenangan, Tewaskan Sabah 3-1

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia