web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bot Karam Di Sungai Padas, Mayat Kanak-Kanak Ditemui

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 23 Sep 2021 10:17PM

Pasukan mencari telah menemui mayat kanak-kanak yang berusia 12 tahun, yang lemas dalam insiden bot karam di Sungai Padas, Tenom, petang tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Mayat kanak-kanak yang dikhuatiri lemas dalam insiden bot karam di Sungai Padas, Tenom, lewat semalam, ditemui oleh orang awam, petang tadi.

Mangsa yang berusia 12 tahun dan dikenali sebagai Melvin Junaidi dijumpai sekitar jam 4.45 petang, di Sungai Padas Batu 60, Beaufort, lebih kurang 33 kilometer dari lokasi bot karam.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri (PPON) Misran Bisara berkata, mayat mangsa dibawa ke Kampung Binunuk untuk proses pengecaman keluarga sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

"Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) insiden bot karam di Kampung Kalandos Pangi bersama-sama pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) telah ditangguhkan pada jam 4 petang tadi.

"Operasi SAR akan disambung esok bagi mencari seorang lagi mangsa, Joseph Sayah, 55, yang masih hilang," katanya.

Dalam nahas sekitar jam 4 petang semalam itu, bot dinaiki empat mangsa untuk pulang ke rumah selepas selesai membeli barang keperluan di Pekan Tenom tiba-tiba terbalik dipukul arus ketika menyeberangi Sungai Padas.

Dua daripada empat individu yang berada di atas bot, iaitu seorang lelaki warga emas dan seorang wanita berjaya menyelamatkan diri, manakala dua lagi mangsa hanyut dibawa arus. – Getaran, 23 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia