web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rugi RM3 Bilion Setahun, Industri Hiburan Parah Dek Cetak Rompak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Feb 2021 5:51PM

Yusof Haslam - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - RM3 bilion setahun, itu kerugian dicatatkan industri media dan hiburan, angkara lanun cetak rompak yang memanfaatkan sepenuhnya kecanggihan teknologi digital.

Anasir jahat ini turut mengakibatkan kehilangan cukai pendapatan sebanyak RM500 juta, selain menyebabkan industri terbabit berdepan masalah kehilangan pekerjaan yang serius.

Susulan senario, pihak berwajib diminta segera bertindak, termasuk menjatuhkan hukuman lebih berat dan setimpal, bagi memastikan jenayah itu dapat dikurangkan.

Penerbit dan pengarah filem, Datuk Yusof Haslam berkata, ketiadaan undang-undang yang tegas hanya akan membuatkan lanun cetak rompak terus merebak sebagai barah kepada industri kreatif negara.

Menurut beliau, isu itu bukan perkara baharu dan sudah lama diperjuangkan barisan penggiat filem serta tenaga kerja sektor berkenaan.

Pendapat sama disuarakan Pengarah Kawal Selia Astro, Laila Saat yang menyifatkan cetak rompak sebagai musuh utama industri terbabit.

“Lanun cetak rompak ini menyamun hasil usaha semua tenaga kerja termasuk pelakon, penulis, penerbit, pengarah dan jurugambar, sekali gus menghalang industri itu membangun dengan lebih dinamik,” katanya.

Laila menegaskan, cetak rompak menyamai jenayah mencuri dan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Kami amat mengalu-alukan tindakan ke atas penjual Peranti Perisian Perstriman Haram (ISD)dan bersedia bekerjasama dengan pihak berwajib,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Pemasaran Star Media Group, Lam Swee Kim berkata, lanun cetak rompak sudah sekian lama mengaut hasil lumayan hasil usaha pihak lain, justeru hukuman sewajarnya perlu dikenakan ke atas mereka.

Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Zed Zaidi pula melahirkan harapan untuk melihat sinar baharu kepada industri hiburan negara, susulan tindakan tegas pihak berkuasa.

“Sudah terlalu lama mereka dibiarkan bermaharajalela dan perkara ini perlu segera dihentikan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Setiausaha Kehormat Persatuan Penerbit Filem (PFM), Zahrin Aris berkata, denda RM30,000 tidak bermakna apa-apa jika mahu dengan dibandingkan dengan berjuta kerugian ditanggung selama ini.

“Penalti dikenakan ke atas mereka yang menggunakan kotak media mengandungi perisian tanpa lesen itu terlalu ringan, justeru kerajaan wajar menimbangkan hukuman lebih berat,” katanya.

Pada 8 Februari lalu, sebuah syarikat teknologi maklumat (IT) di Shah Alam, dihadapkan ke mahkamah selepas melakukan perbuatan yang melanggar Seksyen 41 (1) (ha) Akta Hakcipta 1987 kerana menjual teknologi atau alat bagi maksud memintas langkah perlindungan teknologi, yang disebyut dalam subseksyen 36A(3), akta yang sama.

Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwaraya dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, sekali gus mencatat sejarah sebagai kes pertama dihadapkan ke mahkamah, walaupun jenayah berkenaan sudah bertapak di negara ini sejak sekian lama. – Getaran, 23 Februari 2021

Berita Berkaitan

1

Muzik 1 minggu yang lalu

Negara Perlukan Lebih Ramai Pengkarya Lagu Patriotik

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Peminat Apple Teruja, Tak Kisah Beratur Panjang Untuk Jadi Pelanggan Pertama

4

Muzik 1 minggu yang lalu

3 Kategori Utama Tiket Konsert Solo Terakhir Datuk Awie Habis Dijual

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Sukan 1 hari yang lalu

4 Negara Sah Berentap Untuk Pestabola Merdeka 2024

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad