web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guru KAFA Selangor Tolak Vaksin Bakal Terima Tindakan - MAIS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2021 12:43PM

MAIS akan ambil tindakan tegas terhadap individu dilantik kerajaan negeri, yang enggan mengambil vaksin COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas akan dikenakan terhadap guru kelas agama dan fardu ain (KAFA) yang menolak untuk mengambil vaksin COVID-19.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara sama akan dilaksanakan terhadap ahli jawatankuasa masjid serta surau yang menolak untuk berbuat demikian.

Menurut beliau, Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam juga tidak terkecuali daripada dikenakan tindakan sekiranya enggan mengambil suntikan tersebut.

“Kami kecewa dengan tindakan golongan itu yang tidak mengambil suntikan vaksin COVID-19, walaupun pelbagai usaha dilaksanakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya mereka berbuat demikian.

“MAIS memandang serius perkara ini kerana terdapat sejumlah besar daripada golongan berkenaan berada di bawah selian kami,” katanya hari ini.

Abdul Aziz berkata, kegagalan atau keengganan individu terbabit mengambil suntikan vaksin COVID-19 akan menyebabkan imuniti kelompok gagal diwujudkan, selain berisiko mendatangkan kemudaratan kepada masyarakat, apatah lagi mereka perlu bersemuka dengan orang ramai ketika menjalankan tugas di masjid, surau dan sekolah.

“Menjunjung titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertarikh 2 September dan 22 September 2021, MAIS akan mengenalpasti guru KAFA, ahli jawatankuasa masjid dan surau serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam yang menolak vaksin COVID-19.

“MAIS akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka mengikut lunas undang-undang. MAIS juga akan memberi kerjasama dan bantuan untuk memastikan tindakan tegas juga diambil terhadap individu dilantik kerajaan negeri,” katanya menerusi kenyataan di Facebook.

Sultan Sharafuddin Idris Shah sebelum ini menzahirkan dukacita dan kecewa apabila hanya 203 orang daripada 873 orang guru KAFA, ahli jawatankuasa masjid dan surau serta Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam hadir mengambil suntikan vaksin COVID-19 pada program vaksinasi khas ‘COVID-19 Frontliner JAIS’ anjuran JAIS di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, baru-baru ini.

Pada masa sama Abdul Aziz berkata, Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor yang bersidang pada 9 Februari lalu memutuskan hukum penggunaan vaksin COVID-19 adalah harus dan wajib diambil.

Jelasnya, keputusan tersebut selaras dengan Maqasid Syariah, iaitu umat Islam disyariatkan menjaga dan memelihara nyawa daripada sebarang perbuatan yang boleh menyebabkan ancaman atau kebinasaan kepada diri sendiri atau nyawa seseorang.

Abdul Aziz berkata, susulan keputusan itu, mana-mana golongan wajib mengambil suntikan vaksin COVID-19, sekiranya Alil Amri atau pemerintah mengarahkan mereka berbuat demikian.

“MAIS menyeru kepada semua masyarakat Islam di Negeri Selangor untuk bersama-sama mengambil suntikan vaksin COVID-19 seperti saranan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam memerangi penularan pandemik COVID-19 dan melancarkan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya. – Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Op Bersepadu JPJ: 3 Pemandu Bas Positif Dadah, 2 Memandu Tanpa Lesen

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Bekalan Air Di Semua Kawasan Terjejas Di Selangor Pulih Sepenuhnya

3

Sukan 6 bulan yang lalu

Pecahkan Dominasi JDT Musim Ini - Azman Adnan

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Pesakit Tibi Enggan Teruskan Rawatan Boleh Dikenakan Tindakan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia