web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wilayah Persekutuan Mungkin Larang Mak Nyah, Transgender Masuki Masjid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 24 Sep 2021 5:09PM

Ahmad Marzuk (kiri) menyampaikan bantuan kepada peserta Program Inspirasi Qaseh Kami: Food Bank YaPEIM 3.0 Di Kemaman di perkarangan Stesen Teksi, di Kemaman, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KEMAMAN - Wilayah Persekutuan mungkin akan mengikut jejak langkah Perlis untuk mengharamkan golongan lelaki mak nyah atau transgender daripada memasuki masjid.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata perkara tersebut kini sedang diteliti sebelum dilaksanakan.

“Itu satu tindakan yang Insya Allah akan diteliti dan dilaksanakan di peringkat Wilayah Persekutuan. Saya cakap dalam konteks Wilayah Persekutuan sebab itu dalam bidang kuasa kita.

“Adapun negeri lain terpulang kepada pihak berkuasa agama- masing,” katanya kepada media selepas program Inspirasi Qaseh:Foodbank Yapeim 3.0 di sini hari ini.

Rabu lepas, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis mengumumkan bahawa golongan mak nyah dan transgender dilarang memasuki masjid negeri berkenaan, seperti yang diputuskan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis.

Menurut Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin larangan tersebut dibuat kerana kehadiran golongan berkenaan boleh mengganggu suasana ibadah di masjid.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Marzuk berkata, tidak ada pihak yang boleh terlepas daripada tindakan undang-undang walaupun golongan agamawan.

Mengulas kes gangguan seksual yang didakwa membabitkan seorang pendakwah terkenal, beliau berkata, tidak wajar untuk menghukum individu dimaksudkan jika ia hanya berpandukan kepada maklumat daripada media sosial.

“Kita serahkan (perkara ini) pada pihak berkuasa. Nasihat saya, (semua pihak) perlu kekal bertenang dan serahkan siasatan kepada pihak berwajib untuk selesaikan.

“Salah atau tidak hanya mahkamah boleh putuskan, setakat maklumat cakap cakap dari media sosial tak boleh kita jadikan sebab untuk jatuhkan hukuman kepada orang,” katanya. - Getaran, 24 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukma 2024: 'Ibu Segala Pingat' Milik Wilayah Persekutuan

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia