web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kaji Semula Kebenaran Untuk Warga Emas Memandu - PDRM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 2:26PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencadangkan supaya kerajaan mengkaji dan meneliti semula pengeluaran lesen memandu kepada golongan warga emas.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bukit Aman Datuk Azisman Alias berkata, ini kerana golongan terbabit antara penyumbang kepada kemalangan jalan raya.

Menurutnya, kejadian kemalangan jalan raya membabitkan golongan berkenaan kerap berlaku disebabkan mereka memandu dalam keadaan kesihatan yang kerap terganggu.

“Kumpulan warga emas harus menjalankan pemeriksaan kesihatan dan mendapatkan surat pengesahan daripada doktor bahawa mereka sihat untuk memandu.

“Apabila mencapai usia warga emas, banyak penyakit yang datang, antaranya penyakit Alzheimer dan masalah penglihatan. Faktor ini secara tidak langsung boleh menyebabkan berlakunya kemalangan di jalan raya,” katanya kepada media.

Azisman berkata, terdapat pelbagai kes kemalangan membabitkan golongan warga emas termasuklah memandu kenderaan di lorong motosikal.

“Sebagai contoh, jika seseorang warga emas berusia 70 tahun memperbaharui lesen bagi tempoh lima tahun, ia tidak sesuai disebabkan faktor usia mereka,” katanya.

Mengulas mengenai statistik kemalangan jalan raya, Azisman berkata motosikal masih menjadi faktor penyumbang utama kemalangan.

“Kemalangan motosikal masih tinggi iaitu 70 peratus melibatkan 2,075 kematian bagi tempoh awal tahun ini hingga Ogos lepas,” katanya.

Selain itu menurut beliau, kemalangan kedua tertinggi adalah melibatkan kereta iaitu 450 kematian, diikuti pejalan kaki (168), lori (87), basikal (54), kenderaan pacuan empat roda (53) dan bas (1) bagi tempoh yang sama. - Getaran, 25 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia