web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PGA Gagalkan Cubaan Seludup 7,089 Minyak Masak, Tahan 1 Lelaki

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Sep 2021 8:56PM

Kotak-kotak yang mengandungi minyak masak yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Satu cubaan menyeludup keluar 7,089 bungkus minyak masak berjaya digagalkan Pasukan Gerakan Am (PGA) Sabah dalam operasi Op Benteng COVID-19 di Kampung Tandu, Felda Sahabat.

Komander Briged PGA Sabah, Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdul Rani Alias berkata, rampasan tersebut adalah hasil daripada dua serbuan berasingan, semalam.

Menurut beliau, satu serbuan dibuat ke atas sebuah pondok di hadapan jeti panjang Kampung Tandu, hasil maklumat awam yang membawa kepada penemuan 2,839 bungkus minyak masak.

Minyak masak berkenaan yang dipercayai cuba diseludup ke negara jiran telah dirampas dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Lahad Datu untuk tindakan lanjut.

“Susulan daripada kejayaan itu, pasukan kita telah membuat serbuan kedua ke atas sebuah rumah dua tingkat di kampung berkenaan sekitar jam 4 petang, lebih kurang 15 minit selepas serbuan pertama.

“Dalam serbuan ini, pasukan kita telah merampas 4,250 paket minyak masak dan menahan seorang lelaki berusia 63 tahun,” katanya.

Abdul Rani berkata keseluruhan rampasan dianggarkan bernilai RM17,514 mengikut harga pasaran.

Tambahnya, kes ini sedang dalam siasatan di bawah Seksyen 22 Akta Kawalan Bekalan 1961. - Getaran, 26 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia