web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Maut, 2 Parah Proton Waja Langgar Tembok Rumah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Sep 2021 3:50PM

3 orang maut selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan kereta Proton Waja yang melanggar tembok sebuah rumah dekat Jalan Rumbia, Taman Daya, awal pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Tiga maut, manakala dua lagi parah apabila sebuah Proton Waja terbabas dan melanggar tembok sebuah rumah dekat Jalan Rumbia 3, Taman Daya di sini, awal pagi tadi. 

Nahas pada jam 2 pagi itu meragut nyawa R Vimalan, 21, A M Sharven, 21, dan seorang lagi lelaki berusia yang meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa yang parah dikenali sebagai S Meshen Kumar, 21, dan P Agilan, 22. 

Menurut Komander Operasi Ramli A Hamid dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, pihaknya bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 2.03 pagi. 

"Satu jentera FRT dengan kekuatan keseluruhan seramai enam anggota diarahkan ke tempat kejadian dan mendapati, sebuah Proton Waja sudah terbabas serta melanggar tembok rumah.

“Terdapat lima orang mangsa lelaki dalam kereta yang dipercayai sedang dalam perjalanan dari arah Taman Daya menuju ke Setia Indah," katanya. 

A Hamid berkata, semua mangsa dikeluarkan dengan menggunakan bantuan peralatan Road Traffic Accident (RTA).

 “Mangsa yang cedera dihantar ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) manakala tiga mayat itu diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 3.42 pagi. – Getaran, 27 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia