web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangguh Projek Mega, Beri Tumpuan Golongan Memerlukan - Anwar Ibrahim

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 4:23PM

Anwar Ibrahim - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pelaksanaan pelbagai projek mega dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) 2021-2025 wajar ditangguhkan bagi memberikan tumpuan kepada golongan memerlukan, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut beliau, pandemik COVID-19 menyebabkan majoriti rakyat menempuh kehidupan yang cukup sukar dan berada dalam kesempitan, justeru tumpuan perlu diberikan kepada mereka, khususnya etnik Bumiputera.

“Kalau perlu, tangguhkan projek-projek besar, tangguh projek lapangan terbang, pelaksanaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) dan teliti semula Transit Aliran Massa 3 (MRT 3).

“Apa faedah kita nak teruskan projek besar-besar dalam keadaan orang masih kelaparan, menganggur dan mutu pendidikan kurang, ketika ini. Tangguh projek-projek besar, apa guna teruskan projek kalau orang tidak cukup makan,” katanya ketika membahaskan  pembentangan RMK-12 di Dewan Rakyat hari ini.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, kerajaan ketika ini seharusnya menumpukan kepada aspek latihan, kesihatan dan pendidikan golongan miskin, termasuk yang menetap di luar bandar.

Dalam pembentangan RMK-12 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob semalam, sidang dewan diberitahu bahawa projek rangkaian rel dan jalan raya bersepadu akan dipertingkat bagi merangsang pertumbuhan ekonomi.

Ia bagi menghubungkan lapangan terbang dan pelabuhan dengan kawasan perindustrian termasuk di luar bandar. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia