web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Emas Tanam Syabu, Guna Anak Edar Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 6:08PM

Abdul Majid (dua dari kiri) bersama barang-barang yang dirampas dalam serbuan di beberapa rumah di sekitar Hilir Kota, Bandar Hilir dan Kampung Hilir, Sungai Baru.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Usia yang sudah lanjut tidak menghalang seorang warga emas untuk terus bergiat dalam sindiket pengedaran dadah, apabila dikesan menanam bahan terlarang di bawah rumahnya.

Taktik itu bagaimanapun terbongkar apabila lelaki berusia 64 tahun itu, yang juga dalang utama sindiket berkenaan dicekup polis, Ahad lalu.

Dikenali sebagai Misai, dia adalah antara enam individu yang ditahan, bersama dua anak lelaki dalam beberapa serbuan sejak Sabtu lalu di sekitar Hilir Kota, Bandar Hilir dan Kampung Hilir, Sungai Baru.

Getaran diberitahu, kesemua dadah jenis syabu itu akan digali oleh suspek untuk diedarkan mengikut keperluan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Majid Mohd Ali berkata, penahanan suspek utama dibuat selepas polis terlebih dahulu memberkas kenalan, anak lelaki serta menantunya, masing-masing berusia 24 dan 21 tahun di Pangsapuri Hilir Kota.

Menurut beliau, warga emas tersebut dan seorang lagi anaknya yang berusia 27 tahun dicekup di rumah mereka di Kuala Sungai Baru.

“Dalam serbuan di rumahnya, pihak polis menemui dadah dipercayai syabu dengan anggaran berat 7.5 kilogram ditanam di dalam tanah di kawasan rumah.

"Pihak polis percaya suspek utama ini adalah pembekal dadah untuk diedarkan oleh anak serta kenalannya di Kuala Sungai Baru dan kawasan sekitar, tetapi siasatan lanjut masih diteruskan untuk mengesahkan perkara itu,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah, hari ini.

Abdul Majid berkata, aktiviti pengedaran dadah berkenaan dipercayai mula bergerak aktif sejak sebulan lalu.

"Kesemua dadah itu dianggarkan bernilai RM223,100 dan pihak polis turut merampas sejumlah wang tunai RM3,000 serta sebuah kenderaan.

"Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati, empat suspek lelaki yang ditahan positif dadah jenis metafetamin, selain turut mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Kesemua suspek kini direman tujuh hari sehingga 2 Oktober ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Yasin Dipenjara Seumur Hidup, 16 Sebatan

4

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia