web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terbabas Langgar Pokok, Pemuda Rentung Lori Terbakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Sep 2021 8:59PM

Anggota bomba sedang memadam kebakaran melibatkan sebuah lori di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, pagi tadi. - Gambar ihsan Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang penghantar barang rentung selepas lori lima tan dipandunya terbakar dalam satu kemalangan dekat Jalan Datin Halimah di sini, pagi tadi. 

Dalam kejadian kira-kira 11.40 pagi itu, Mohamad Mustaqin Ismadi, 23, meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian pemandu.

Mohamad Mustaqin Ismadi
Mohamad Mustaqin Ismadi

Menurut Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Johor Bahru, Timbalan Penguasa Bomba I, Mohd Suhaimi Abdul Jamal, nahas berkenaan membabitkan sebuah lori J&T Express.

Menurut beliau, 13 anggota digerakkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 11.46 pagi. 

"Kebakaran itu mengakibatkan lori tersebut mengalami kemusnahan sehingga 70 peratus, dan bomba terpaksa menggunakan peralatan khas sebelum mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bahagian pemandu,” katanya.

Keadaan lori yang terbakar di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, pagi tadi.
Keadaan lori yang terbakar di Jalan Datin Halimah, Johor Bahru, pagi tadi.

Mohd Suhaimi berkata, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Katanya, mangsa sedang berkonvoi dengan sebuah van dari syarikat yang sama ketika kejadian.

"Dia dikatakan ciba mengelak kon keselamatan, sebelum terbabas melanggar pokok di bahagian tengah jalan.

"Orang awam cuba membantu menyelamatkan mangsa, tetapi api marak dengan begitu cepat,” katanya.

Operasi ditamatkan pada jam 12.09 tengah hari tadi. – Getaran, 28 September 2021 

Berita Berkaitan

1

Politik 2 minggu yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pegawai Polis, 3 Anggota Ditahan Bantu Siasatan Kes Pemerasan

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Apartment Jadi Pusat Pembungkusan, Dadah Bernilai Hampir RM900,000 Dirampas

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia