web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Panjat Jambatan Undang Padah, Lelaki Terperangkap Diselamatkan Bomba

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Sep 2021 9:54PM

Bomba terpaksa menyelamatkan seorang lelaki yang tidak dapat turun dari sebuah jambatan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BEAUFORT - Tindakan seorang lelaki memanjat jambatan besi di pekan, di sini, mengundang padah apabila dia terperangkap, selepas gagal turun dari fasiliti berkenaan.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, lagak berbahaya lelaki berusia 20 tahun berkenaan disedari orang ramai yang berada di lokasi kejadian sebelum mereka bertindak menghubungi pihak berkuasa.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sabah ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"JBPM menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 10.44 pagi tadi dan tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.

"Sebaik tiba, anggota bertugas mendapati lelaki berkenaan yang lengkap berpakaian lengan panjang berwarna oren, bertopi serta memakai seluar jeans itu sedang duduk di atas besi pada ketinggian lebih 10 meter dari aras jalan raya," katanya.

Tambahnya, JBPM dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort terpaksa menggunakan jentera dan tangga untuk membantu lelaki berkenaan.

"Lelaki itu berjaya diselamatkan dan diserahkan kepada polis.

"Setakat ini, kami tidak mengetahui punca sebenar lelaki itu naik ke atas jambatan berkenaan," katanya.

Operasi tamat sepenuhnya jam 10.55 pagi. – Getaran, 28 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia