web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dakwaan Pelajar Meninggal Dunia Akibat Vaksin Tidak Benar - JKNS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 3:23PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU -  Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) hari ini menafikan terdapat kes kematian melibatkan seorang pelajar di daerah Lahad Datu, akibat suntikan vaksin COVID-19 seperti didakwa oleh sebuah video yang sedang tular di media sosial.

Pengarah JKNS, Dr. Rose Nani Mudin berkata, JKNS memandang serius dakwaan tersebut yang boleh membawa reputasi buruk terhadap jabatan berkenaan.

Menurut beliau, perkara itu sama sekali tidak benar.

“JKNS telah membuat laporan polis berhubung dakwaan ini memandangkan perbuatan individu berkenaan boleh menimbulkan perasaan panik dan kebimbangan orang ramai, terutamanya ibu bapa dan remaja yang bakal menerima suntikan vaksin.

“Kita menyeru orang ramai, khususnya ibu bapa agar tidak mudah terpengaruh dengan sebarang maklumat yang tidak benar mengenai vaksin,” katanya.

Dr Rose memberitahu, mana-mana individu atau pihak yang musykil dan tidak faham tentang vaksin boleh menghubungi JKNS di talian Hotline PICK 019 6051196 atau emel picksabahmyvas@gmail.com.

Dalam pada itu, beliau turut menyarankan orang ramai yang belum menerima vaksin untuk segera berbuat demikian di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) atau aktiviti Outreach berhampiran.

Ibu bapa atau penjaga katanya, diminta untuk segera mendaftarkan anak di bawah jagaan masing-masing di MySejahtera dan segera mendapatkan vaksin bagi melindungi diri dan keluarga.

“Orang ramai juga diingatkan agar sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan menggunakan pelitup muka di tempat awam, jaga jarak fizikal, tidak bersentuhan serta kerap mencuci tangan,” katanya.

Semalam, tular satu video berdurasi lebih sembilan minit, memaparkan seorang wanita sedang membuat kenyataan berkaitan solidariti kepada beberapa ibu bapa yang anak mereka mengalami kesan sampingan serta meninggal dunia selepas divaksin.

Dalam video tersebut, wanita berkenaan mendakwa bahawa dua pelajar mengalami kesan sampingan dan empat lagi pelajar termasuk seorang di Lahad Datu meninggal dunia selepas divaksin. - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Lipat Ganda Reformasi Dasar Pembangunan, Tingkat Keyakinan Pelabur - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia