web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pencabul Kanak-Kanak Dicekup Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 5:04PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan melampau seorang lelaki menggeselkan kemaluannya kepada seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di sebuah flat di Sri Damansara, Petaling Jaya, akhirnya menerima padah apabila ditahan polis.

Dalam kejadian itu, kelakuan tidak senonoh suspek berusia 53 tahun terbabit turut dirakam penduduk setempat sebelum dia ditahan dengan bantuan penduduk lain.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bapa mangsa berusia 39 tahun hadir ke IPD Petaling Jaya selepas ditunjukkan rakaman video perlakuan suspek oleh pengerusi persatuan penduduk.

Katanya, dalam rakaman video berdurasi 19 saat itu, suspek bertindak memeluk dan menggeselkan kemaluannya beberapa kali kepada mangsa.

“Suspek berjaya ditahan oleh saksi kejadian bersama penduduk flat terbabit dengan bantuan pihak polis.

“Siasatan awal juga mendapati lelaki tersebut turut melakukan perbuatan menjijikkan itu terhadap dua lagi rakan mangsa berusia 11 tahun di lokasi sama,” katanya.

Getaran difahamkan, kanak-kanak yang menjadi mangsa kelakuan tidak senonoh suspek itu terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Menurutnya, suspek bukan penduduk di flat terbabit, namun menggunakan alasan mencari rakan lama untuk masuk ke perumahan itu.

Suspek kini direman selama tujuh hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792). - Getaran, 29 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia