web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sindiket Dadah Tumpas, Operasi Berpangkalan Di Perak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 5:45PM

Dadah yang dirampas.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Kuala Lumpur melumpuhkan satu sindiket memproses dan mengedar dadah yang menjadikan sebuah rumah dua tingkat di Setiawan, Perak sebagai makmal mini sebelum diedarkan untuk pasaran Lembah Klang.

Turut ditahan ialah dua lelaki tempatan berusia 46 dan 53 tahun yang berperanan sebagai penghantar dan ‘cef’ memproses dadah terbabit dalam serbuan di sebuah pasar raya di Metro Prima, Taman Kepong, Selasa lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner (ACP) Sahar Abd Latif berkata, dua suspek terbabit yang dipercayai dalang utama sindiket, ditahan ketika seorang daripadanya sedang menolak sebuah troli berisi dadah.

Katanya, hasil pemeriksaan terhadap troli terbabit menemui dadah dipercayai jenis heroin seberat 1.4 kilogram bernilai RM47,880 dan tiga biji pil ecstasy daripada seorang lagi suspek.

“Pemeriksaan terhadap kereta jenis Mercedes Benz digunakan suspek pula membawa kepada penemuan 91 biji pil dipercayai ecstasy bernilai RM1,365 yang disembunyikan dalam speaker di bahagian bonet belakang kenderaan tersebut.

“Ujian saringan dijalankan mendapati seorang daripada suspek positif dadah jenis metafetamin dan AMP serta mempunyai 10 rekod jenayah lampau,” katanya.

Sahar berkata, siasatan lanjut terhadap suspek, pihaknya menyerbu sebuah rumah dua tingkat di Permatang Maju, Setiawan, Perak, tengah malam semalam, sebelum membongkar sebuah makmal haram yang dipercayai digunakan sindiket untuk memproses dadah jenis heroin.

Katanya, siasatan mendapati rumah terbabit disewa pada harga RM600 sebulan dan telah dihuni selama enam bulan.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis menemui dadah dipercayai jenis MDMA seberat 1.3 kilogram (RM63,500), heroin 458 gram (RM16,030), serbuk putih 8.82 kilogram (RM309,015), cecair kimia dan peralatan memproses dadah.

“Suspek kini direman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah selama tujuh hari bermula semalam sehingga 5 Oktober depan, manakala kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

Nilai keseluruhan rampasan dan sitaan yang dilakukan terhadap sindiket terbabit adalah sebanyak RM438,036. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

2

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Maut, Lori Langgar Belakang Treler 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SAR Mangsa Tanah Jerlus: 72 Jam Berlalu Tanpa Petunjuk Baharu

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia