web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Dicadang Wajibkan Rakyat Mengundi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 6:05PM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang supaya mewajibkan proses pengundian bagi memastikan rakyat menjalankan tanggungjawab itu kepada negara.

Cadangan berkenaan dikemukakan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan memandangkan peratusan pengundi yang keluar mengundi pada pilihan raya sebelum ini adalah rendah.

Katanya, pengundian hanya diadakan lima tahun sekali dan tidak sepatutnya ada sebarang alasan untuk tidak menunaikan tanggungjawab tersebut.

“Pada pilihan raya umum (PRU) ke-14, hanya 82.32 peratus keluar mengundi, lagi 2.7 juta tidur ke apa ke tak keluar mengundi walaupun lima tahun sekali.

“Lihat data pilihan raya kecil (PRK) Balakong, hanya 43 peratus keluar mengundi, manakala PRK Seri Setia (44 peratus) dan PRK Sungai Kandis (49.4 peratus). Semua di bawah 50 peratus.

“PRK Port Dickson, kawasan Ketua Pembangkang, hanya 58.2 peratus keluar mengundi,” katanya ketika membahasakan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12) di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahmad turut mencadangkan supaya individu yang tidak keluar mengundi dikenakan hukuman, seperti denda RM100, RM200 atau tidak dibenarkan memperbaharui lesen memandu.

“Mengundi ini wajib. Ada 22 negara mewajibkan mengundi, antaranya Argentina, Costa Rica, Mesir, Honduras dan Mexico, malah negara jiran kita, Thailand serta Singapura pun.

“Kita perlu pinda Perlembagaan dan wajibkan rakyat Malaysia mengundi,” katanya. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Selebriti 3 bulan yang lalu

Rocky Din Terharu Berpeluang Rakam Semula Lagu 'Marilah Mengundi'

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia