web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guan Eng Gesa Dedah Perincian Kos Pengubahsuaian Seri Perdana

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Sep 2021 7:04PM

Guan Eng berkata pendedahan berkenaan harus dibuat untuk memberi alasan kukuh kepada kewajaran penggunaan dana rakyat itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan digesa mendedahkan perincian kos pengubahsuaian kediaman rasmi Perdana Menteri, Seri Perdana yang menelan belanja sehingga RM38.5 juta.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pendedahan berkenaan harus dibuat untuk memberi alasan kukuh kepada kewajaran penggunaan dana rakyat itu ketika negara berdepan pandemik COVID-19 dan kemelesetan ekonomi.

“Persoalan utama adalah pada ketika kerajaan kekurangan dana, adakah membelanjakan RM38.5 juta untuk pengubahsuaian bangunan sememangnya diperlukan apabila kos itu dapat digunakan membina perumahan awam untuk orang miskin, terutama di kawasan bandar?

“Apakah pengubahsuaian yang diperlukan sehingga mencecah kos tinggi? Kecuali jika kos itu diteliti secara ketat, rakyat berhak bertanya apakah RM38.5 juta dapat digunakan dengan lebih baik bagi memerangi COVID-19, seperti menyediakan lebih banyak katil unit rawatan rapi (ICU), rawatan dan ubat-ubatan,” katanya.

Bekas Menteri Kewangan itu menerusi satu hantaran di Facebook turut mempersoalkan, apakah dana tersebut dapat disalurkan untuk bantuan kewangan kepada mereka yang terkesan akibat kemelesetan ekonomi.

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad ketika perbahasan di Dewan Rakyat, mendedahkan kos keseluruhan pengubahsuaian Seri Perdana membabitkan nilai RM38.5 juta, termasuk kerja penggantian sistem pendawaian elektrikal dan kebocoran atap.

Jumlah dianggap agak tinggi itu disalurkan atas alasan Seri Perdana yang siap dibina pada 1999 itu sudah mencecah 22 tahun dan mengalami banyak kerosakan, sehingga memerlukan pembaikan.

Guan Eng turut mempersoalkan apakah proses tender terbuka dilaksanakan bagi kerja pengubahsuaian bangunan itu.

“Bagi projek yang diluluskan pada 19 Mac tetapi dapat dijalankan hanya sepuluh hari kemudian, (ia) menimbulkan persoalan adakah tender terbuka awam dilakukan.

“Sekiranya tidak, maka di manakah kepentingannya sehingga protokol perolehan kerajaan tidak dipatuhi?” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, projek terbabit diluluskan selepas Jabatan Perdana Menteri (JPM) mengemukakan laporan berhubung kerosakan fizikal dialami bangunan berkenaan.

Jelasnya, kerosakan itu turut membabitkan kebocoran, sistem pencahayaan yang sudah lama dan kerosakan pada lantai serta  bumbung.

“Kebocoran bumbung Seri Perdana dan sistem perpaipan menyebabkan kerosakan perabot ‘built in’, lantai kayu, panel dinding serta siling bangunan.

“Selain itu, saya dimaklumkan bahawa pendawaian elektrik, pencahayaan dan peralatan mekanikal, seperti penghawa dingin perlu dibaik pulih kerana terlalu usang,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Muhyiddin berkata, keputusan itu juga dilaksanakan selepas menerima pandangan pakar bahawa sistem pendawaian bangunan Seri Perdana yang berusia lebih 20 tahun boleh mendatangkan risiko kebakaran jika tidak dibaik pulih pada kadar segera.

Berdasarkan laporan diterima katanya, JPM mengesyorkan perolehan perabot dilakukan memandangkan kebanyakan aset kelengkapan di Seri Perdana yang didakwa milik Perdana Meteri Keenam, Datuk Seri Najib Razak sudah dipindah keluar.

Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) itu juga berkata, saiz Seri Perdana yang seluas lebih 56,000 kaki persegi juga menyebabkan kos baik pulih bangunan berkenaan agak tinggi.

“Keputusan membaik pulih Seri Perdana dibuat untuk memulihara bangunan milik kerajaan yang menjadi lambang institusi Ketua Kerajaan dan imej negara ini kepada keadaan asalnya.

“Jika tidak dibaik pulih segera, bangunan warisan kerajaan ini akan mengalami kerosakan lebih teruk pada masa hadapan dan kos membaik pulih pastinya meningkat,” katanya.

Pada masa sama, Muhyiddin berkata, projek itu dipantau rapat sebuah pasukan petugas yang dianggotai pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) dan JPM bagi memastikan proses baik pulih dilaksanakan mengikut spesifikasi ditetapkan dengan hasil berkualiti.

“Saya percaya JKR dan JPM mempunyai maklumat terperinci berhubung pelaksanaan projek ini. Selaras prinsip ketelusan dan integriti diamalkan kerajaan, jabatan berkenaan boleh tampil memberikan penjelasan kepada orang ramai mengenai perkara terbabit.

“Untuk rekod, saya tidak pernah menduduki Seri Perdana sepanjang saya berkhidmat sebagai Perdana Menteri,” katanya. - Getaran, 30 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Latihan Pendaratan Helikopter Di Bangunan Perdana Putra, Seri Perdana Bermula Esok

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Majlis Ilmu MADANI Lahirkan Masyarakat Cintai Ilmu, Fahami Konsep Adab Dan Akhlak

4

Politik 11 bulan yang lalu

'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia