web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'YB Kepala Batas, Kamu Ada 48 Jam Untuk Kemukakan Bukti' - Guan Eng

Politik Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 07 Nov 2023 9:06PM

Lim Guan Eng - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Kepala Batas, Dr Siti Mastura Muhammad diberi tempoh 48 jam untuk mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan kononnya Pengerusi DAP, Lim Guan Eng memiliki hubungan persaudaraan dengan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Bercakap kepada media di lobi Parlimen di sini hari ini, Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, tindakan undang-undang akan diambil sekiranya Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pulau Pinang itu gagal mengemukakan sebarang bukti.

Tegas Guan Eng, kenyataan Siti Mastura itu jelas adalah satu serangan peribadi untuk beliau serta keluarga, malah turut mencemarkan nama baik pemimpin utama parti seperti Anthony Loke dan Nga Kor Ming, yang kedua-duanya menyandang portfolio Menteri dalam cabinet Kerajaan Perpaduan.

“Bukan sahaja serangan peribadi tetapi berbaur perkauman, dan mengandungi hasad dengki kepada kami, khususnya saya dan ayah saya (yang) sungguhpun sudah bersara, masih menjadi sasaran,” katanya.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas ucapan dibuat Siti Mastura di Kemaman, Terengganu pada 4 November lalu.

Dalam video berdurasi 46 minit 51 saat itu, beliau dengan jelas mengaitkan Chin Peng dalam susur galur keturunan Guan Eng, apabila mendakwa mendiang sebagai sepupu kepada veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Tidak cukup dengan itu, Siti Mastura turut memetik nama mantan Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew yang didakwanya sebagai sepupu kepada Kit Siang, manakala isteri Guan Eng, Betty Chew pula dikatakan memiliki hubungan persaudaraan dengan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Tegas Guan Eng, tuduhan dilemparkan Siti Mastura tidak boleh dipandang ringan oleh pihak berkuasa kerana berupaya memecahbelah perpaduan rakyat.

“Kita tunggu selepas Khamis, jika tiada bukti mengenai hubungan kekeluargaan, kita akan mengambil tindakan seterusnyam membabitkan semua tindakan yang perlu diambil,” katanya.

Sementara itu, Siti Mastura ketika ditemui media enggan mengulas.

“Biar saya tengok video sampai habis ya. Saya tak mahu jawab soalan yang tidak tahu fakta,” katanya. – Getaran, 7 November 2023

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Rakyat Perlu Bersatu, Tolak Eksploitasi Perkauman, Ekstremisme - Guan Eng

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

3

Politik 1 tahun yang lalu

Pulau Pinang Tak Goyah, Kekal Teguh Di Belakang PM - Guan Eng

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Sedia Beri Kerjasama, Guan Eng Yakin Tidak Bersalah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka