web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kertas Siasatan Hadi Awang, Guan Eng Diserah Ke AGC Semalam - KPN

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2023 9:42PM

Razarudin Husain - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -- Kertas siasatan berhubung isu 3R (institusi raja, agama dan kaum) terhadap Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Pengerusi DAP Lim Guan Eng telah diserah kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata bagaimanapun, masih terdapat siasatan yang perlu dilakukan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) meskipun ia sudah mencapai kadar 70 peratus lengkap.

"Ada lagi siasatan yang kita perlu selesaikan daripada segi pengekalan data dan juga forensik, ini yang kita perlu uruskan lagi. Jadi, itu adalah siasatan yang akan kita teruskan, insya-Allah," katanya pada sidang media khas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini.

Pada Ahad lepas, PDRM mengesahkan siasatan berhubung isu 3R terhadap kedua-dua pemimpin akan diserah kepada pihak AGC selepas kesemua keterangan diambil.

Razarudin juga berkata proses merekod keterangan dilaksana oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ Bukit Aman).

Siasatan terhadap Abdul Hadi dilakukan susulan kenyataan beliau di laman Facebook pada 8 Julai lepas yang mendakwa DAP ingin mengekalkan pengertian Islam dalam Perlembagaan Persekutuan berdasarkan tafsiran liberalisme.

Guan Eng pula disiasat susulan kenyataan beliau yang mendakwa 'gelombang hijau' akan menjejaskan hak agama di Pulau Pinang. -- BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Kehadiran Ibu Zayn Rayyan Di Lokasi Mayat Ditemui Sebahagian Daripada Siasatan

2

Semasa 4 bulan yang lalu

KPT Mahu Siasatan Terperinci Kebakaran Asrama UniMAP

3

Semasa 5 bulan yang lalu

SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang