web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPRM Mula Siasatan FAM, Ambil Fail Tertentu

Semasa Dikemaskini 5 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2024 8:52PM

Mohd Azam Baki - gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR  - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah memulakan siasatan ke atas Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Mohd Azam Baki berkata, siasatan ke atas badan sukan itu sudah dimulakan sejak Rabu lalu.

Menurut beliau, pegawai SPRM turut mengambil beberapa fail daripada FAM.

“Saya boleh mengesahkan bahawa SPRM telah memulakan siasatan terhadap beberapa dakwaan. Kebanyakan dakwaan adalah berkaitan isu pentadbiran.

“Berdasarkan dakwaan awam, SPRM melancarkan siasatannya tiga hari lalu (Rabu) dan kami telah mengambil beberapa fail daripada FAM sebagai sebahagian daripada siasatan,” katanya, sepertti dilaporkan akhbar New Straits Times hari ini.

Mohd Azam berkata, SPRM tidak akan meneliti dakwaan penyalahgunaan dalam hal pentadbiran tapi hanya menyiasat tuntutan yang dibuat mengenai perkara jenayah.

“Sehingga kini, kami tidak mahu mendedahkan sebarang butiran mengenai siasatan. Kami menggesa orang ramai supaya tidak membuat spekulasi sebaliknya membenarkan siasatan dijalankan.

"SPRM akan menyiasat perkara itu secara profesional dan bertindak adil kepada semua pihak yang terlibat," kata Azam.

Satu e-mel layang daripada UltrasFAM mendakwa, berlaku salah urus dana dan penipuan dalam FAM.

Kumpulan itu juga mendakwa,  presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin menerima gaji bulanan yang amat tinggi iaitu RM90,000.

Hamidin berkata, FAM terbuka untuk disiasat dan akan menyerahkan perkara itu kepada suruhanjaya tersebut. - TMI, 6 April 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM Jumpa Wang Tunai Hampir RM800,000 Dalam Bilik Tidur Pegawai Imigresen

2

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang