web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2024 8:41PM

Penjualan stoking bertulis kalimah Allah ini dikesan di KK Mart cawangan Sunway - gambar Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dua kertas siasatan telah dibuka susulan laporan polis yang dibuat berhubung penjualan stoking tertera kalimah Allah.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis telah menerima 42 laporan dari seluruh negara sejak insiden berkenaan dilaporkan.

Mohd Shuhaily Mohd Zain
Mohd Shuhaily Mohd Zain

Menurut beliau, kes berkenaan sedang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5) Bukit Aman.

“Siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan kerana menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, mencetuskan sikap benci membenci atau niat jahat dan memudaratkan

“Kes ini juga disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimexia 1998 iaitu penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak wajar atau perkhidmatan,” katanya.

Mohd Shuhaily memberi ingatan, orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih di peringkat siasatan.

“Polis turut mengingatkan orang ramai agar cakna dan prihatin terhadap isu sensitif terutama melibatkan kegentaran awam dan keselamatan negara melalui media sosial ,” katanya.

Beberapa hari lalu, rangkaian kedai serbaneka KK Mart menerima kecaman ramai apabila dikesan menjual stoking yang bertulis kalimah Allah.

KK Chai turut mengadakan pertemuan bersama penyanyi Caprice untuk memberi penjelasan - gambar TikTok
KK Chai turut mengadakan pertemuan bersama penyanyi Caprice untuk memberi penjelasan - gambar TikTok

Penjualan itu yang tular di media sosial mencetuskan kemarahan pelbagai pihak kerana dianggap menghina kesucian agama Islam.

Susulan isu, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Mart, Datuk Seri Dr KK Chai dua hari lalu tampil membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu sidang media.

KK Chai dipetik sebagai berkata, beliau sendiri tidak boleh menerima perbuatan menjual stoking bertulis kalimah Allah.

Katanya, ini adalah kesilapan pertama KK Mart sepanjang 23 tahun beroperasi sebagai kedai serbaneka.

Beliau memberitahu, surat penjelasan juga sudah dihantar kepada Kementerian Dalam Negeri (KDN), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar serta pihak agama lain berhubung isu terbabit. - Getaran, 18 Mac 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 5 hari yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 5 hari yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki