web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Latihan Pendaratan Helikopter Di Bangunan Perdana Putra, Seri Perdana Bermula Esok

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 14 Mar 2024 8:00PM

Bangunan Perdana Putra. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan melaksanakan latihan pendaratan helikopter di tapak pendaratan Bangunan Perdana Putra dan Kompleks Seri Perdana di sini selama dua hari bermula esok.

MKN menerusi satu kenyataan hari ini memaklumkan, latihan itu akan diadakan bermula jam 9 pagi hingga 1 tengah hari pada Jumaat, manakala pada Sabtu latihan bermula jam 4 petang hingga 1 pagi (Ahad).

Menurut kenyataan itu, sesi latihan tersebut akan melibatkan tujuh pesawat iaitu dua pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), dua pesawat Polis Diraja Malaysia (PDRM), satu pesawat Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan pesawat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Menurut MKN, latihan itu adalah bentuk kerjasama erat antara TUDM, PDRM, APMM dan JBPM, selain turut disertai Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Kesihatan (KKM), Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO), Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM), Perbadanan Putrajaya (PPj) dan Sapura Research Sdn Bhd.

"Tujuan utama latihan pendaratan ini adalah untuk menguji tapak pendaratan di Kompleks Seri Perdana dan Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, di samping menguji tahap kesiapsiagaan keselamatan di kedua-dua tapak pendaratan berkenaan," menurut kenyataan itu.

Menurut MKN latihan pendaratan itu diharapkan dapat menjadi medium bagi menambah baik Pelan Pengurusan Risiko dan Pelan Tindakan Kecemasan di kedua-dua bangunan tersebut.

"Orang ramai diminta untuk tidak cemas atau bimbang dengan kehadiran pesawat udara semasa latihan tersebut dijalankan," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Majlis Ilmu MADANI Lahirkan Masyarakat Cintai Ilmu, Fahami Konsep Adab Dan Akhlak

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Bintang Filem Terkenal India Rajinikanth Kunjungi Anwar

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Rakyat Teruja Jumpa, Swafoto Bersama Agong Di Rumah Terbuka

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'