web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pengamal Media Main Peranan Penting Beri Pandangan, Ulasan - PM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Mar 2024 8:34AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pengamal media memainkan peranan penting dalam memberi pandangan, ulasan serta pencerahan dalam negara demokrasi.

Sehubungan itu, beliau berharap semua pengamal media dapat bersama-sama memainkan peranan untuk mengangkat martabat umat dan negara, selain melonjakkan lagi pertumbuhan negara dengan lebih meyakinkan.

"(Perkara) ini memerlukan apa? Ilmu, kecekalan, disiplin, kecintaan terhadapnya (usaha angkat martabat negara).

"Ilmu itu sendiri keprihatinan santuni masyarakat, saya harap dengan semangat Ramadan sebagai madrasah Ramadan dapat kita tingkatkan iman, ilmu dan disiplin," katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa MADANI bersama pengamal media di Kompleks Seri Perdana di sini, hari ini.

Anwar berkata, beliau terkesan kerana isu besar negara berkaitan soal mengejar pertumbuhan yang lebih rancak yang dimainkan media tidak menarik minat tokoh politik.

"Saya luahkan, saya agak terkesan kerana isu besar negara, soal mengejar pertumbuhan lebih rancak, mendepani masalah seperti mana cabaran digital, IT (teknologi maklumat) dan soal peralihan tenaga.

"Soal kemahiran, kecekalan dan keterampilan anak muda dan bidang tertumpu itu semua tidak menarik minat sebahagian tokoh politik, dia masih lagi terikat, terperangkap dalam tempurung pemikiran yang jumud, lapuk dan lama," katanya.

Terdahulu, seramai 200 pengamal media cetak, elektronik dan portal berita daripada lebih 70 agensi media tempatan termasuk Sabah dan Sarawak, kelab media tempatan dan antarabangsa serta veteran media diraikan dalam majlis berkenaan.

Perdana Menteri turut menyampaikan sumbangan kepada 20 petugas media dan bekas petugas yang sedang mengalami keuzuran kesihatan serta kurang berkemampuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Malaysia Kukuhkan Lagi Kerjasama Dengan Thailand - PM

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Tate Modern Anjur Iftar Untuk Warga London

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Latihan Pendaratan Helikopter Di Bangunan Perdana Putra, Seri Perdana Bermula Esok

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Majlis Ilmu MADANI Lahirkan Masyarakat Cintai Ilmu, Fahami Konsep Adab Dan Akhlak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 22 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global