web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Kukuhkan Lagi Kerjasama Dengan Thailand - PM

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2024 8:23AM

gambar FB Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Malaysia mengukuhkan lagi kerjasama dengan Thailand dalam bidang perdagangan, pelaburan dan pelancongan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berharap dan menanti untuk bekerjasama dengan Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin dalam bidang lain.

"Kami bekerjasama dengan Srettha untuk menjalinkan kerjasama seterusnya. Kementerian Luar juga akan membantu (Thailand) bagi memastikan kerjasama antara ASEAN serta hubungan dua hala dengan negara jiran kami diperkukuhkan," katanya dalam ucapan alu- aluan di majlis berbuka puasa MADANI bersama para duta, perwakilan asing, ketua organisasi antarabangsa serta pelajar dari Maahad Tahfiz Sulaimaniyah, Kajang di Kompleks Seri Perdana di sini pada Khamis.

Thailand adalah rakan dagang ketujuh terbesar Malaysia di peringkat global, dengan jumlah dagangan sebanyak RM113.16 bilion (AS$24.83 bilion) dicatatkan pada 2023.

Anwar juga berkata, selain Thailand, Malaysia juga bekerjasama dengan Singapura dalam melengkapkan Zon Ekonomi Khas Johor- Singapura (JS-SEZ), dengan perjanjian bersama antara kedua-dua negara dijangka ditandatangani pada akhir tahun ini.

"Zon ini (JS-SEZ) akan memberi manfaat kepada selatan Malaysia dan juga Singapura," katanya.

Pada 14 Mac, Kementerian Ekonomi mengumumkan Malaysia dan Singapura dijangka menandatangani perjanjian bersama itu semasa Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura ke-11 pada akhir tahun ini.

Mengulas lanjut mengenai kerjasama Malaysia dalam ASEAN, Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, Malaysia akan memperluas dan mengukuhkan lagi kerjasama dalam beberapa bidang seperti peralihan tenaga, transformasi digital, kesihatan awam dan pendidikan.

"Kami gembira untuk meneruskan dasar ini dan pada masa sama kami melawat Asean dan saya telah melawat semua negara ini," katanya.

Pada 2023, rakan dagang utama Malaysia adalah ASEAN, China, Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah dan Jepun, mewakili 67.7 peratus bahagian daripada jumlah perdagangan Malaysia. -BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

‘Cakap Elok-Elok, Selesai Semua Masalah’ - PM Cuit Sanusi

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'