web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Terima 6 Suapan, Penolong Pegawai Tanah Mengaku Tak Bersalah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2021 3:55PM

Mohd Faris Romle (tengah) mengaku tidak bersalah atas 6 tuduhan menerima suapan di Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang penolong pegawai tanah di Pejabat Daerah dan Tanah Bentong dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuantan, di sini, hari ini, atas enam pertuduhan menerima suapan daripada seorang ahli perniagaan.

Tertuduh, Mohd Faris Romle, 36 tahun, didakwa melakukan kesalahan itu antara 10 Februari hingga 17 September tahun lalu, di sebuah bank dekat bandar Bentong.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa menerima antara RM100 hingga RM400 melalui pemindahan wang dalam4 talian dilakukan ahli perniagaan terbabit, bagi tujuan membabitkan tugasan tertuduh sebagai penjawat awam di Unit Penguatkuasaan, Pejabat Daerah dan Tanah Bentong.

Jumlah keseluruhan transaksi pindahan wang atas talian diterima tertuduh ialah RM1,400.

Pendakwaan mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Sarah Zainal Abiddin di hadapan Majistret Nurul Farahah Md Suah.

Tertuduh ditawarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi semua pertuduhan.

Dia dalam rayuannya meminta agar mahkamah mempertimbangkan jumlah ikat jamin ditawarkan, memandangkan gaji bersih yang diperoleh hanya RM1,500 sebulan dan perlu menanggung isteri serta dua anak.

Mahkamah bagaimanapun menolak rayuan itu dan memerintahkan tertuduh membayar ikat jamin sebanyak RM5,000 seperti dimohon Timbalan Pendakwa Raya.

Majistret Nurul Farahah turut menetapkan 1 November depan bagi sebutan semula kes dan lantikan peguam oleh tertuduh. – Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 5 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia