web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Maut Terjun Dari Tingkat 5

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 01 Oct 2021 4:15PM

Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat 5 bangunan Eastern Plaza Tawau, Jalan Kuhara, di Tawau, awal pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki tempatan ditemui meninggal dunia dipercayai terjun dari tingkat lima bangunan Eastern Plaza Tawau, Jalan Kuhara, di sini, awal pagi tadi.

Mayat Thien Chee Siong, 38, ditemui pengawal keselamatan bangunan berkenaan pada jam 6 pagi tadi dalam keadaan terlentang dan lengkap berpakaian, dengan kecederaan parah pada bahagian kepala.

Turut ditemui di sisi mayat ialah sebuah beg berisi pakaian dan telefon bimbit, dipercayai milik peribadi mangsa.

Sumber memberitahu Getaran, lelaki itu dipercayai menggunakan laluan kenderaan untuk naik ke tingkat lima bangunan dengan membawa beg sekitar jam 3 pagi tadi.

Bagaimanapun, dia dipercayai terjun dari tingkat sama pada jam 3.25 pagi sebelum mayatnya ditemui pengawal keselamatan, hampir tiga jam kemudian.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk menjalani prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 sebelum bedah siasat dilakukan.

"Polis masih menyiasat punca mangsa berbuat demikian dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya. – Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Ismail Haniyeh Maut, Serangan Didakwa Dibuat Rejim Zionis

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia