web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gangguan Seksual, Bukit Aman Panggil Semula Pendakwah Terkenal

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Oct 2021 6:45PM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman memanggil semula seorang pendakwah terkenal yang terpalit dengan kontroversi kes gangguan seksual untuk membantu siasatan, semalam.

Mengesahkan perkara itu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pendakwah terbabit dipanggil bersama isterinya ke Bukit Aman semalam.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah memanggil semula pendakwah tersebut dan isterinya ke Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman untuk membantu siasatan,” katanya ringkas, hari ini.

Getaran difahamkan, polis memanggil semula pendakwah terbabit bagi memperkemaskan lagi kertas siasatan yang dibuka terhadapnya.

Bagaimanapun, Abd Jalil menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkqn sebarang kenyataan dan menyebarkan apa jua bahan di mana-mana platform bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi, sehingga menjejaskan siasatan pihak polis.

Pada 19 Ogos lalu, seorang pendakwah terkenal berusia 30-an hadir ke Bukit Aman bagi memberikan keterangan berhubung dakwaan salah laku dan gangguan seksual yang dilaporkan terhadapnya.

Bukit Aman kemudiannya mengesahkan bahawa pendakwah terbabit disiasat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998. - Getaran, 1 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Pertukaran Pegawai Kanan Bukit Aman

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Siasatan Gangguan Seksual Terhadap Wartawan Wanita Di Peringkat Akhir

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Oleh Petugas Kempen: Saifuddin Jamin Siasatan Telus

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia