web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebar Video, Berita Tidak Benar PICK Remaja Akan Dikenakan Tindakan Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Oct 2021 8:19AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAGAN SERAI - Tindakan undang-undang akan dikenakan terhadap mana-mana individu yang menularkan video dan berita tidak benar mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja melibatkan pelajar sekolah di negara ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata perbuatan tersebut bukan sahaja akan menganggu kelancaran program, malah akan menimbulkan kebimbangan dalam kalangan ibu bapa serta pelajar yang akan mengambil vaksin.

“Saya memberi amaran tegas kepada sesiapa (penyebar video dan berita tidak benar) kerana perkara itu (berita tidak benar) tidak baik ditularkan sedangkan kita mahu menyelamatkan pelajar dan kesihatan mereka serta tidak mahu program vaksin membabitkan pelajar terganggu.

“Saya ingatkan semua orang, jangan memandai-mandai hantar video yang tidak benar kerana ia menjadikan orang takut, risau dan bimbang kerana macam-macam kes tidak benar dilaporkan. Saya kesal dan sangat marah dengan perkara yang tidak benar ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengadakan lawatan ke rumah mangsa banjir dan menziarahi tiga anak yatim piatu Mohd Omar Mikail, 7, Mohd Zaiful Iman Zulkifli, 11, dan Amar Nordiana, 16, yang kematian kedua-dua ibu bapa mereka akibat COVID-19, di Kampung Tanjung Bugis dekat sini hari ini.

Noor Azmi mengulas video yang tular mengenai beberapa kejadian pelajar sekolah termasuk dakwaan seorang pelajar meninggalkan dunia di Ipoh selepas suntikan vaksin, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan Serai berkata pihaknya mendapati tiada kematian membabitkan pelajar yang menerima suntikan vaksin setakat ini.

Justeru beliau meminta ibu bapa agar memantau keadaan anak-anak  mereka yang sudah menerima suntikan vaksin dan segera membawa anak-anak mendapatkan rawatan di hospital serta melaporkan di aplikasi MySejahtera sekiranya mengalami sakit dada, sesak nafas atau jantung berdegup laju.

Menurutnya setakat ini, Agensi Regulatori Farmasi Negara (NPRA) juga tidak melaporkan mengenai kesan sampingan pengambilan vaksin terhadap remaja.

“Saya akan pantau setiap hari jika ada laporan, kita akan secara terus dan telus memaklumkan untuk pengetahuan rakyat,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Padah Buat Aksi 'Wheelie', 2 Remaja Maut

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Tahan 4 Remaja Lelaki Rogol Kanak-Kanak 11 tahun

4

Semasa 3 bulan yang lalu

4 Lelaki Termasuk Remaja Bawah Umur Ditahan Berkait Kes Culik

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia