web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berpaut Lebih 13 Jam Pada Bot, 9 Mangsa Bot Karam Ditemui Selamat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 03 Oct 2021 3:36PM

Mangsa yang selamat dibawa ke jeti Telaga Air. - Gambar dari Facebook Iqbal Qabeel

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Sembilan nelayan mangsa bot karam di Pulau Satang di sini semalam, berpaut lebih 13 jam pada bot sebelum diselamatkan pihak berkuasa awal pagi tadi.

Anak tekong bot, Iqbal Qabeel berkata, ikhtiar itu membolehkan bapanya dan lapan lagi rakan terselamat daripada maut, walaupun nyawa sudah di hujung tanduk.

“Nasib baik ayah dapat bertahan dan berpaut pada bot. Ayah kata, dia menangis apabila mengenangkan kami di rumah dan bertekad untuk bertahan demi anak-anak,” katanya, sayu.

Menurut Iqbal, ayahnya walaupun bersyukur kerana terselamat namun masih bersedih apabila rakan rapatnya masih belum ditemui.

“Sayu hati ayah kerana kawan rapatnya Pakcik Umar belum dijumpai, Allah beri peluang kedua kepada ayah untuk terus hidup,” katanya.

Bapa Iqbal, tekong bot yang hanya dikenali sebagai Baki adalah antara sembilan mangsa terselamat dalam tragedi bot karam ketika pergi memancing berdekatan Pulau Satang, di sini semalam.

Dia dan lapan lagi mangsa, Ambri Abdullah, Mohd Asri Ibrahim, Muhammad Redzuan Rasul, Zaharudin Yusoff, Mohamad Faris Azizan, Mohd Sahrin Sahir, Mohd Firdaus Mohd Denan dan Rais Yahya diselamatkan oleh nelayan di Pulau Satang Besar serta telah pulang ke pangkuan keluarga masing-masing.

Pengarah Maritim Sarawak, Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, kesemua mangsa yang selamat itu ditemui jam 5 pagi tadi dan dibawa ke jeti Telaga Air di sini.

Menurut beliau, seorang lagi mangsa iaitu pembantu tekong yang dikenali sebagai Awang Omar Awang Hamsawi bagaimanapun masih belum ditemui.

“Operasi mencari dan menyelamat masih  diteruskan untuk mengesan seorang lagi mangsa yang masih hilang,” katanya.

Semalam, lapan pemancing dan dua kru bot dilaporkan hilang selepas bot yang mereka naiki karam di perairan Pulau Satang.

Susulan itu, Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dimulakan setelah laporan mengenai kejadian itu yang berlaku sekitar jam 12.20 tengah hari, diterima oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). - Getaran, 3 Oktober 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Keselamatan, Kerahsiaan Maklumat PADU Terjamin Daripada Kebocoran

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Anggota Polis Korban Bot Karam Kapit Selamat Dikebumi

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Mayat Anggota Polis, Korban Terakhir Tragedi Bot Karam Di Kapit Ditemukan

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Rumah Kedai Diserbu, 21 Lelaki Bangladesh Mangsa Pemerdagangan Orang Diselamatkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia